Choose by categories:
TNB Customer Guide EV Home Charger - BM
Apa tindakan asas berkenaan bekalan elektrik untuk pemasangan EV home charger?
Perlu melantik pendawai/ kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk semakan keperluan bagi penggunaan keseluruhan 1unit rumah (dengan menambah beban sediada dan beban EV home charger).
Keperluan skim bekalan elektrik TNB adalah:
- 1 fasa (Single-phase): boleh menampung beban sehingga 10kW
- 3 fasa (Three-phase): boleh menampung beban lebih dari 10kW sehingga 37kW
Perlu sambungan terus atau litar khas dari distribution board (DB) pengguna ke EV home charger.
Adakah kebenaran TNB diperlukan untuk pemasangan EV home charger?
Tidak perlu kebenaran dari TNB untuk memasang EV home charger.
Sekiranya memerlukan naiktaraf bekalan elektrik dari 1 fasa (single-phase) ke 3 fasa (three-phase), pengguna perlu memohon menaiktaraf bekalan dengan TNB.
Adakah perlu menaiktaraf bekalan elektrik sediada 1 fasa ke 3 fasa untuk pasang EV home charger?
Pengguna perlu menyemak penggunaan keseluruhan 1unit rumah dengan menambah beban sediada dengan beban EV home charger.
- Sekiranya jumlah beban tidak melebihi 10kW, bekalan elektrik 1 fasa mencukupi.
- Sekiranya jumlah beban melebihi 10kW, perlu menaiktaraf bekalan elektrik ke 3 fasa.
Bagaimana untuk mengenalpasti skim bekalan elektrik sediada TNB di rumah?
Bagi skim bekalan 1 fasa, bilangan wayar TNB masuk ke meter TNB adalah 2.
Bagi skim bekalan 3 fasa, bilangan wayar TNB masuk ke meter TNB adalah 4 wayar
Bagaimana pengguna boleh mengenalpasti penggunaan beban sediada 1 unit rumah?
Maklumat penggunaan beban sediada boleh diperolehi dari bil elektrik di dalam aplikasi myTNB (hanya bagi pengguna meter pintar).
Siapakah boleh dirujuk untuk mengenalpasti beban sediada dan beban tambahan baru yang diperlukan?
Pengguna boleh merujuk kepada pendawai / kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST.
Bagaimanakah proses untuk menaiktaraf bekalan elektrik TNB?
Pengguna boleh layari myTNB untuk tatacara penuh.
Berapakah cas untuk menaiktaraf bekalan elektrik TNB?
Pengguna boleh layari myTNB untuk contoh pengiraan cas sambungan TNB yang perlu ditanggung oleh pengguna. Kos ini tidak termasuk kos pendawaian dalaman rumah pengguna.
Sekiranya pengguna tidak mahu menaiktaraf bekalan ke 3 fasa sedangkan jumlah beban rumah termasuk pengecas kenderaan EV melebihi 10kW, apa risikonya?
Berlakunya gangguan bekalan elektrik di rumah pengguna berpunca dari cut-out fuse blow disebabkan penggunaan beban lampau (overload).
Pengguna telah merujuk kontraktor elektrik dan kontraktor hanya mencadangkan supaya fius dinaik taraf. Adakah TNB membenarkan naik taraf fius sahaja tanpa membuat permohonan naik taraf bekalan?
Tidak dibenarkan. Sebarang usikan pada pepasangan meter TNB (termasuk naik taraf fius) adalah tidak dibenarkan kerana ini boleh menyebabkan tiada perlindungan dan risiko kebakaran.