Choose by categories:
TNB e-Invoice - BM
Apakah itu e-Invois?
e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual (TNB) dan pembeli (pelanggan TNB yang berdaftar) yang memerlukan pengesahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum dihantar kepada pelanggan. Ia merangkumi maklumat penting seperti butiran pembekal dan pembeli, deskripsi item, kuantiti, harga (tidak termasuk cukai), cukai, dan jumlah keseluruhan. Rekod ini mewakili data transaksi yang penting untuk operasi perniagaan.
Dalam konteks TNB, pelaksanaan inisiatif e-Invois akan menggantikan bil bercetak dengan dokumen elektronik dalam format PDF, merangkumi bil elektrik, Caj Sambungan Pengguna (CSP), caj pemprosesan, nota kredit, nota debit, dan nota bayaran balik.
e-Invois, seperti yang digariskan oleh LHDNM, menawarkan beberapa manfaat termasuk peningkatan kecekapan perniagaan, pengurangan usaha manual, pemfailan cukai yang lebih mudah, serta laporan cukai dan kewangan secara digital. Untuk maklumat lanjut tentang e-Invois, sila layari laman web LHDNM di www.hasil.gov.my/en/e-invoice.
Siapa yang perlu mendaftar untuk e-Invois?
Semua pelanggan TNB yang berdaftar dengan akaun aktif boleh mendaftar untuk e-Invois. Akaun dianggap aktif jika ia menerima bil elektrik bulanan secara berkala. Pelanggan boleh memilih salah satu daripada jenis akaun elektrik berikut:
- Individu: Pelanggan TNB berdaftar dengan akaun menggunakan dokumen pengenalan seperti myKad, ID Tentera, ID Polis, atau pasport.
- Organisasi: Termasuk syarikat, persatuan, perniagaan, dan lain-lain, yang berdaftar dengan Pendaftaran Persatuan (ROS) atau Pendaftaran Syarikat (ROC).
- Kerajaan: Termasuk entiti kerajaan persekutuan dan negeri.
Bagaimana saya boleh mendaftar untuk e-Invois dan berapa lama prosesnya untuk pendaftaran e-Invois yang berjaya?
TNB menawarkan tiga pilihan untuk pelanggan mendaftar e-Invois:
No | Kaedah Pendaftaran | Tempoh Pengesahan | Cara Pemberitahuan |
1 | Portal Pendaftaran e-Invois TNB dalam Talian |
7 hari bekerja |
E-mel |
2 |
TNB CareLine:
|
7 hari bekerja |
E-mel |
3 | Kunjungi Kedai Tenaga berhampiran |
7 hari bekerja |
E-mel |
Nota:
Sila ambil perhatian bahawa pemprosesan dokumen e-Invois hanya akan bermula setelah semua butiran dan dokumen yang diperlukan telah diterima.
Penghantaran yang tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan pemprosesan.
Saya ingin mendaftar untuk e-Invois melalui platform Pendaftaran e-Invois TNB. Apakah langkah-langkahnya?
Berikut adalah langkah demi langkah untuk melalui portal Pendaftaran e-Invois TNB:
- Sila layari Portal Pendaftaran e-Invois TNB
-
Sahkan E-mel
- Sahkan alamat e-mel anda.
-
Pilih Jenis Akaun
- Pilih jenis akaun elektrik anda
-
Masukkan Maklumat e-Invois
- Isikan butiran yang diperlukan.
-
Muat Naik Dokumen
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan saiz maksimum untuk setiap fail yang dimuat naik tidak boleh melebihi 15MB. Hanya PDF, .jpeg, dan PNG dibenarkan.
-
Setuju dengan Terma dan Syarat
- Bersetuju dengan Terma dan Syarat e-Invois.
-
Hantar Pendaftaran
- Hantar maklumat dan dokumen sokongan bagi pendaftaran e-Invois anda.
-
Terima Pemberitahuan (TNB)
- Selepas pengesahan oleh TNB, anda akan menerima e-mel notifikasi melalui alamat emel yang didaftarkan.
Apakah maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran?
Selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh LHDNM, pelanggan TNB yang ingin mendaftar untuk e-Invois perlu menyediakan maklumat berikut:
Dokumen yang Diperlukan | Kategori Permohonan | ||
Individu (Warganegara) | Individu (Bukan Warganegara) | Organisasi | |
|
|
|
Nota:
I. Individu merujuk kepada pelanggan TNB berdaftar dengan akaun menggunakan dokumen pengenalan seperti MyKad, ID Tentera, ID Polis, atau pasport.
II. Organisasi termasuk syarikat, persatuan, perniagaan, dll., yang berdaftar dengan Pendaftaran Persatuan (ROS) atau Pendaftaran Syarikat (ROC).
III. Pastikan alamat emel dan nombor telefon yang diberikan adalah tepat dan boleh dihubungi oleh TNB dan LHDNM.
Bagaimana saya boleh mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan Borang Cukai Pendapatan untuk pendaftaran e-Invois?
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan Borang Cukai Pendapatan boleh diperoleh melalui:
- Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my
- Live Chat HASiL
- Talian Care Line HASiL di 03-8911 1000
- Kunjungi cawangan HASiL yang terdekat
Bagaimana saya akan menerima bil elektrik bulanan saya setelah saya mendaftar untuk e-Invois?
Jika anda berdaftar sebagai pengguna myTNB, bil elektrik bulanan anda boleh didapati di portal dan aplikasi myTNB. Selain itu, bil elektrik anda akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan semasa pendaftaran e-Invois.
Bagi organisasi (termasuk syarikat, persatuan, perniagaan, dan lain-lain) atau institusi kerajaan dengan beberapa akaun elektrik, anda akan menerima bil elektrik bulanan melalui alamat e-mel yang didaftarkan semasa pendaftaran e-Invois. Jika anda berdaftar sebagai pengguna myTNBiz, bil elektrik bulanan anda boleh didapati di portal myTNBiz.
Berikut adalah contoh bil elektrik digital dengan kod QR, yang menyediakan pautan kepada e-Invois yang telah disahkan di Portal myInvois LHDNM.
Apakah langkah keselamatan yang diambil untuk melindungi data dan transaksi saya?
Kami mengutamakan keselamatan dan kerahsiaan maklumat anda. Platform Pendaftaran e-Invois kami dilengkapi dengan langkah-langkah keselamatan yang kukuh untuk melindungi data anda daripada akses atau pelanggaran yang tidak dibenarkan.
Bolehkah saya mengetahui status pendaftaran e-Invois saya di portal Pendaftaran e-Invois TNB?
Tidak. Portal Pendaftaran e-Invois TNB hanya bertujuan untuk pendaftaran sahaja. Bergantung kepada kaedah pendaftaran yang digunakan, anda akan menerima notifikasi pendaftaran berjaya melalui e-mel atau SMS seperti yang dinyatakan pada Soalan 3.
Apa yang perlu saya lakukan jika akaun TNB yang didaftarkan bukan atas nama saya? Sebagai contoh, jika ia masih didaftarkan atas nama pemilik sebelumnya, ahli keluarga yang telah meninggal dunia, atau saya menyewa, bagaimana saya boleh menyediakan maklumat dan dokumen yang diperlukan?
Jika akaun TNB yang didaftarkan bukan atas nama anda, anda boleh memohon untuk menukar nama akaun yang didaftarkan kepada nama anda melalui proses Pertukaran Nama Pemilik Akaun (COT) sebelum meneruskan pendaftaran e-Invois anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati portal myTNB > Residential > Change of Tenancy.
Bagi organisasi (termasuk syarikat, persatuan, perniagaan, dan lain-lain) atau institusi kerajaan dengan yang menyewa premis perniagaan dan akaun TNB didaftarkan atas nama pemilik premis, anda boleh memohon untuk menukar nama akaun yang didaftarkan melalui proses Pertukaran Nama Pemilik Akaun (COT) sebelum meneruskan penghantaran pendaftaran e-Invois anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal myTNB > Business > Change of Tenancy.
Jika saya mendaftar untuk e-Invois pada bulan Ogos 2024, adakah saya akan menerima e-Invois untuk bil elektrik bulan Ogos 2024?
e-Invois hanya akan dikeluarkan selepas pendaftaran e-Invois berjaya. Sebagai contoh, jika anda mendaftar dengan berjaya pada bulan Ogos 2024, TNB akan mengeluarkan semula e-Invois untuk bil elektrik bulan Ogos 2024 sekiranya anda telah menerima bil elektrik bagi bulan tersebut. Jika tidak, anda akan mula menerima e-Invois dari bulan September 2024 dan seterusnya.
Jika saya mendaftar untuk e-Invois pada bulan Oktober 2024, bolehkah saya meminta e-Invois untuk bulan-bulan sebelumnya seperti Ogos 2024 dan September 2024?
Tidak, anda tidak akan dapat menerima e-Invois untuk bulan-bulan sebelum tarikh pendaftaran anda. e-Invois hanya akan tersedia bermula dari bulan berikutnya selepas pendaftaran anda berjaya.
Di mana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan atau hubungi untuk pertanyaan lanjut?
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau e-mel [email protected]
Untuk maklumat lanjut tentang e-Invois, sila lawati laman web LHDNM
Saya telah menerima bil elektrik bulanan terkini dan maklumat bil tersebut boleh dilihat melalui Portal Myinvois. Adakah saya dibenarkan membuat pembatalan bil elektrik bulanan melalui Portal MyInvois sekiranya berlaku kesilapan pada bil?
Ya, anda dibenarkan membuat pembatalan bil melalui Portal MyInvois sekiranya terdapat kesilapan pada bil. Portal ini merupakan salah satu medium yang diiktiraf oleh LHDN, dan pembatalan bil melalui Portal MyInvois hanya boleh dilaksanakan dalam tempoh 72 jam selepas bil dikeluarkan.
Adakah saya masih perlu membayar bil elektrik terkini walaupun saya telah membatalkan bil tersebut di Portal MyInvois?
Ya, anda dinasihatkan untuk membayar bil tersebut bagi mematuhi tempoh kredit 30 hari dan mengelakkan caj penalti lewat bayar sebanyak 1%. Sebarang pelarasan bil, sama ada melalui nota debit atau nota kredit, akan dibuat pada kitaran pengebilan seterusnya. TNB tidak diwajibkan untuk membuat pelarasan bil dalam tempoh 72 jam.