FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Hindari Pasang Bahan Kempen di Premis atau Pepasangan Elektrik TNB, Sepanjang Kempen Pilihan Raya

26/07/2023

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan semua parti politik agar tidak memasang apa jua bentuk bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik milik syarikat utiliti itu sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mulai 29 Julai ini.

Larangan ini termasuklah menampal atau menggantung bahan-bahan kempen seperti poster, bendera, gegantung dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.

Pada masa sama, TNB juga memohon kerjasama semua pihak yang berkenaan agar mengelak daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah dalam usaha mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik, sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.




Untuk ketahui lebih lanjut: File