FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Jemputan Pra Kelayakan untuk Kontraktor-Kontaktor di Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan

10/02/2020

TNB mempelawa syarikat-syarikat berkelayakan di Pantai Timur untuk menghadiri sesi taklimat Pra Kelayakan untuk kerja-kerja seperti berikut:

Bil. Skop Kerja Kod Bidang CIDB / KK Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga
 a)  Lampu Jalan  E16  Penjaga Jentera A1 dan ke atas
 b)  Talian Atas Voltan Rendah (SAVR)  E21  Penjaga Jentera A1 dan ke atas
 c)  Talian Atas Voltan Tinggi (SAVT)  E22  Penjaga Jentera B1 dan ke atas
 d)  Kabel bawah Tanah (KBT)  E18  Penjaga Jentera B0 dan ke atas
 e)  Pencawang Elektrik  E05  Penjaga Jentera B0-2 11kV dan ke atas
 f)  Jangka  E04  Pendawai Elektrik 2 (PW2) dan Keatas 
 g)  Condition base Assessement (CBA)  E11  Sijil Thermographer 1 & 2, Sijil Ultrasound, Sijil TEV dari OEM
 h)  Sistem Pencegahan Kebakaran (Fire Fighting)  M02  Surat lantikan sebagai autorizes Agen Tunggal/Pengedar atau anak syarikat daripada Original Equipment Manufacturer (OEM) yang mempunyai Sijil Guna Pakai (SGP)
 i)  Horizontal Directional Drilling (HDD)  CE31  Tiada
 j)  Sambungan dan Tamatan Kabel (Jointing)  E27  Penyambung Kabel PK 2 ke atas
 k)  Bacaan Beban (Load Reading)  E04  Penjaga Jentera A0 dan ke atas
 l)  Mill & Pave  CE01  Tiada
 m)  Pengujian (Testing)  KK  Jurutera Perkhidmatan JP2 dan ke atas
 n)  Pemetaan Utiliti  221206  Sijil Kecekapan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah

Oleh itu, syarikat-syarikat di Pantai Timur bagi Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berminat boleh hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan seperti berikut :-

1. Kontraktor Negeri Pahang

Tarikh : 24 Februari 2020 (Isnin)
Tempat : Dewan Mat Kilau
Aras 14 Wisma TNB Kuantan
Jalan Gambut
25000 Kuantan
Pahang.
Masa : 8.30 Pagi – 4.00 Petang

2. Kontraktor Negeri Kelantan Dan Terengganu

Tarikh : 26 Februari 2020 (Rabu)
Tempat : Dewan Tok Kenali
Aras 10 Wisma TNB Kota Bahru
Jalan Tok Hakim
15000 Kota Bahru
Kelantan.
Masa : 8.30 Pagi – 4.00 Petang

Untuk maklumat lanjut, mohon membuat pertanyaan melalui email dengan mengisi “subject :- Pra Kelayakan” kepada salah satu alamat email dibawah. Pihak kami akan membalas email tersebut dan memberikan maklumat lanjut berhubung sesi ini. Jika ada pertanyaan selepas balasan email tersebut bolehlah berhubung dengan pegawai tersebut.

Berikut adalah no telefon dan alamat email yang boleh dihubungi :-

Nama Email No. Telefon
 En. Hashim bin Yasir  [email protected]  03 – 2776 7164
 Puan. Nuraini Bt. Mohd Yusof  [email protected]  03 – 2776 7166
 Puan Azliza Hadi  [email protected]  03 – 2776 7169
 Noor Azawati Mohd  [email protected]  03 – 2776 7193
 Norul Huda binti Ibrahim  [email protected]  03 – 277 67152