FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Keselamatan Rakyat Diutamakan Dalam Fasa Pemulihan Bekalan Elektrik

22/12/2021

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggerakkan lebih 2,000 warga kerjanya di seluruh Semenanjung dan menyediakan peruntukan kecemasan RM44 juta dalam usaha memulihkan semula bekalan dan membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi dalam proses pemulihan aset yang terjejas akibat bencana tersebut.

Selain membantu mangsa banjir termasuk dari segi keperluan asas dan penyaluran bekalan elektrik menggunakan set janakuasa bergerak termasuk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), tindakan utama lain ialah memulihkan pencawang dan aset lain dengan mengujinya untuk memastikan ia selamat untuk menyalurkan bekalan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menghargai semua tindakan segera TNB termasuk menyediakan sokongan tenaga kerja serta logistik seperti bot dan kenderaan yang disifatkannya sebagai pengorbanan dan sumbangan kepada negara. 

Beliau dimaklumkan warga kerja teknikal TNB termasuk pasukan kerja tambahan dari luar Lembah Klang dan mereka yang menganggotai 70 Rejimen Pakar Janaelektrik Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) sedang bertungkus lumus memulihkan infrastruktur bekalan termasuk membaik pulih kabel rosak, tiang tumbang disebabkan mendapan tanah atau dihanyutkan arus.

Malah, RAJD telah digerakkan lebih awal sebaik banjir melanda untuk bersama-sama agensiagensi penyelamat memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat, khususnya ke pusatpusat pemindahan sementara. 




Untuk ketahui lebih lanjut: File