FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Notis: Penutupan Bekalan Elektrik Semasa Banjir di Sekitar Terengganu

27/02/2022

Pelanggan yang dihargai,

Susulan hujan dan diikuti banjir di beberapa kawasan sekitar negeri Terengganu, pihak TNB telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan para pengguna, seperti berikut:

Kuala Berang:

1. Jabatan Pengairan dan Saliran Padang Ipoh
2. Bukit Gemuruh
3. Kuala Menjing
4. Susunatur Kemat
5. Kemat
6. Pusat Latihan Rela Kemat
7. Simpang Pelandan
8. Sekolah Menengah Kebangsaaan Tersat
9. Pondok Darul Iman Pelandan
10. Cheting
11. Sutera Semai
12. Padang Setar
13. Sekayu
14. Pertanian Sekayu
15. Hutan Lipur Sekayu
16. Kuala Embong
17. Sekolah Menengah Menerong
18. Peris
19. Gunung
20. Lubok Periok
21. Air Felda Mengkawang
22. Felda Mengkawang 1, 2 dan 3
23. Sekolah Agama Rakyat
24. Patod Belukar
25. Belukar Bukit
26. Yayasan Pembangunan Mara
27. Felcra Betong

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

PERINGATAN: Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.

Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.

Layari Facebook TNB Careline atau Twitter @Tenaga_Nasional untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status penutupan bekalan elektrik semasa banjir.