FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Paras Air di Empangan Tasik Kenyir Selamat

30/12/2021

TNB ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan video air deras yang mengatakan lokasi ‘Tasik Kenyir, 30/12/2021’. Sungai di dalam video tersebut adalah Sg Telemong yang berdekatan dengan Gawi, di mana aliran Sg Telemong tidak mengalir masuk ke Tasik Kenyir.

Setakat ini, paras air di empangan Tasik Kenyir masih di paras selamat dan terkawal.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial.

Layari platform rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter @Tenaga_Nasional untuk info yang sahih dan terkini.