FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Peningkatan Aras Perlindungan Hingga 800kWj: Pelanggan Terima Kredit Pro Rata Dalam Bil Oktober 2026

02/10/2026

Lanjutan daripada pengumuman kerajaan pada 17 September 2026 untuk menaikkan aras perlindungan pelanggan Domestik daripada 600kWj sebulan kepada 800kWj sebulan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menerangkan kaedah pengkreditan manfaat tersebut bagi penggunaan bulan September.

Menerusi peningkatan aras perlindungan berkenaan, pelanggan Domestik dengan penggunaan 800kWj dan ke bawah sebulan bagi tempoh September hingga 31 Disember 2026 akan menikmati pengecualian sepenuhnya daripada:

  • Caj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (Automatic Fuel Adjustment – AFA),
  • Caj Peruncitan RM10,
  • Cukai Perkhidmatan 8%.

Bagi pelanggan yang layak, pelarasan caj-caj di atas untuk bulan September akan dikira secara pro rata dan dikreditkan terus ke dalam bil bulan Oktober 2026. Jumlah pelarasan tersebut akan dipaparkan di dalam bil pelanggan di bawah butiran “PELARASAN BIL (SEP 2026)” dan “PELARASAN CUKAI PERKHIDMATAN (8%) (SEP 2026)”.

 




Untuk ketahui lebih lanjut: File