Penutupan Sementara Pusat Khidmat Pelanggan Taman Pertama, Cheras
03/01/2012
Pelanggan yang kami hormati,
Sila ambil maklum bahawa Pusat Khidmat Pelanggan (Kedai Tenaga) Taman Pertama, Cheras telah dihentikan perkhidmatannya mulai 19 Disember 2011 untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Pembayaran bil elektrik melalui kaunter boleh dibuat di mana-mana Pejabat Pos ataupun di TM Point yang berdekatan. Untuk lain-lain perkhidmatan dari pihak TNB, sila berurusan terus di Pusat Khidmat Pelanggan Kuala Lumpur Selatan di alamat berikut:
Pusat Khidmat Pelanggan Jalan Klang Lama
Tenaga Nasional Berhad
2, Jalan 1/137C Bedford Business Park
Jalan Klang Lama
58200, Kuala Lumpur
No. Tel : 03-77843844
Faks : 03-77838344
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 1-300-88-5454 atau emel kepada [email protected]
Sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada penutupan sementara Pusat Khidmat Pelanggan ini adalah amat dikesali.
Sekian, harap maklum.