FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Pra Kelayakan Kategori Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Landskap (Soft Services)

26/10/2022

TNB mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Pra Kelayakan Kategori Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Landskap (Soft Services) di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat Kelayakan adalah seperti berikut:

Bil Kriteria Mandatori Dokumen Yang Perlu Dimajukan
1. Berdaftar dengan TNB

Sijil TNB

2.

Mempunyai sijil pendaftaran Kementerian Kewangan: 221001 DAN mempunyai sijil pendaftaran 221002 ATAU 221003

Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan

3.

Mempunyai nilai shareholder's fund / equity yang positif berdasarkan tempoh dua puluh (20) bulan terkini.

Perlu majukan Audited Financial Statement 20 bulan terkini.

4.

Paid Up Capital melebihi RM 150,000.00 dan Acid Test Ratio > 1.

Sekiranya Acid Test Ratio < 1, boleh dipertimbang dengan syarat unutilized revolving credit facilities + average latest 3 months' bank balance >15% * dari harga anggaran tender.

(*15% threshold is proposed which is equivalent to 5% Performance Security and 10% Mobilization cost)

Memajukan statement bank balance untuk 3 bulan terkini, SSM dan dokumen yang menyokong kredit fasiliti
5.

Tiada kes litigasi dengan TNB atau sebaliknya (mesti disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah) dan tidak disenarai hitam (melalui semakan sistem)

Melalui semakan sistem
6.

Pengalaman kerja / perkhidmatan dalam bidang Fasiliti Maintenance (FM) atau Soft Services FM dengan nilai kontrak terkumpul sekurang-kurangnya RM 500,000 dalam 5 tahun terkini

Mengemukakan salinan Letter Of Award (LOA) dan / atau Pesanan Belian (Purchase Order) bagi kerja yang berkaitan.

Borang pengesahan prestasi dari Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek Pihak Pelanggan.

Permohonan ini perlu dibuat secara atas talian, Oleh itu, syarikat-syarikat yang ingin menyertai perlu membuat permohonan melalui emel dengan mengisi “Subject :- KATEGORI PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN LANDSKAP (SOFT SERVICES)” kepada alamat email [email protected]. Pihak kami akan membalas email tersebut dan memberikan maklumat lanjut berhubung sesi ini.

Tarikh akhir bagi permohonan dan pengisian maklumat serta muatnaik dokumen bagi sesi pra kelayakan ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh       : 9 November 2022 (Rabu)
  • Masa        : 5.00 petang
  • URL web  : Google Form.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai seperti nama di bawah:

Nama Email
Puan Nor Suzalwani Sulaiman [email protected]
Puan Aishah Farqh binti Che Zaitu [email protected]