FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

PRU 15: Bekalan Stabil di Hari Mengundi

19/11/2022

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kekal komited dalam memastikan bekalan elektrik di semua 6,623 Pusat-pusat Mengundi dan 165 Pusat-Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di seluruh Semenanjung berada dalam keadaan baik pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian (Chief Distribution Network Officer) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, seramai 3,200 orang anggota kerja TNB telah ditugaskan untuk sentiasa berada dalam tunggu sedia di lapangan dan bilik-bilik gerakan operasi seluruh negara semasa proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

“Situasi bekalan elektrik seluruh negara dipantau setiap masa sehingga proses penjumlahan rasmi undi yang dijangka berlanjutan sehingga tengah malam nanti,” katanya. 

Dalam pada masa yang sama, TNB turut mendepani situasi banjir yang berlaku di beberapa kawasan di beberapa buah negeri dengan memastikan bekalan elektrik di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak terganggu. 

Lor-lori janakuasa bergerak dan set janakuasa mudah alih telah ditempatkan di setiap Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dan beberapa lokasi banjir sebagai tunggusedia untuk memberikan bekalan sekiranya diperlukan.

Sebelum ini, sebagai langkah berjaga-jaga TNB turut memberikan peringatan kepada semua pihak agar mengelak daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah dalam usaha mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik, sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.




Untuk ketahui lebih lanjut: File