FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

TNB Buat Persiapan Menyeluruh Hadapi Musim Tengkujuh

22/11/2022

Semua perkhidmatan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah membuat persiapan menyeluruh menghadapi musim tengkujuh, termasuk membuat penambahbaikan kepada beberapa infrastruktur kritikal miliknya yang terletak di kawasan berpotensi ditenggelami air banjir, kata Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagiannya (Chief Distribution Network Officer), Wan Nazmy Wan Mahmood.

Pada masa yang sama, kesemua empangan hidroelektrik TNB juga telah dipastikan berada dalam keadaan baik untuk terus berfungsi sebagai tebatan banjir, antaranya dengan mengurangkan paras air empangan secara berperingkat mulai Julai lalu.

Jelasnya, TNB telah memasang tembok penahan sistem perparitan di Pencawang Masuk Utama (PMU) dan meninggikan aras platform peralatannya, manakala set-set janakuasa bergerak serta janakuasa mudah alih dan perkakas kritikal seperti bot, telefon satelit dan lampu limpah ditempatkan di lokasi-lokasi strategik.




Untuk ketahui lebih lanjut: File