FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

TNB Entiti Korporat Paling Dipercayai dan Diyakini di Malaysia

18/02/2024

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dinobatkan sebagai organisasi/institusi korporat paling dipercayai di Malaysia pada tahun 2023 berdasarkan kajian terbaharu oleh salah satu firma penyelidikan Pasaran terbesar dunia Ipsos Sdn Bhd (Ipsos).

Kajian terbaharu ini menyaksikan TNB menduduki tangga teratas sebagai entiti yang paling dipercayai di Malaysia mengatasi lebih 100 jenama dalam kaji selidik sepanjang tujuh bulan mulai April 2023. Selain itu, TNB juga diiktiraf sebagai jenama yang paling dipercayai dalam industri utiliti, mempamerkan kejayaan TNB dalam membina hubungan yang teguh dengan rakyat Malaysia.

Ipsos Malaysia dalam siaran akhbar pada 23 Januari 2024 bertajuk; Ipsos Trust Track 2023: The Most Trusted Corporations and Institutions in Malaysia, mengumumkan nama lima syarikat teratas dengan TNB di tempat pertama, diikuti rapat oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad dan seterusnya Shell, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Petron di tempat kelima.




Untuk ketahui lebih lanjut: File