FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Choose by categories:

BM - myTNB - Self Service Portal

Jika saya adalah pengguna myTNB Application, e-Services atau e-Application, adakah saya perlu mendaftar semula sebagai pengguna myTNB Self Service Portal?

Tidak perlu. Anda boleh menggunapakai ID dan kata laluan yang sama.

Di manakah saya boleh merujuk panduan untuk tatacara permohonan bekalan baru, pertukaran nama, penutupan akaun dan semakan bil?

Maklumat tersebut boleh didapati menerusi video di bawah:

Untuk semakan bil, sila Log masuk di myTNB dan klik pada INFORMATION > Bill & Payments

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya “Mother’s Name“ tidak match untuk tujuan penambahan nombor akaun?

Sila hubungi TNB Careline di 1300 88 5454 untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

Apakah yang patut saya lakukan untuk saya tambah akaun (add account)?

Sila klik di sini untuk cara-cara penambahan akaun.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal melihat bil saya di myTNB Self Service Portal?

Sila hubungi TNB Careline di 1300 88 5454 untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya akaun yang telah saya daftarkan di myTNB application atau e-Services tidak terdapat di dalam myTNB Self Service Portal?

Penambahan akaun boleh dilakukan oleh pengguna. Sila klik di sini untuk cara-cara penambahan akaun. Walau bagaimanapun, bagi penambahan akaun yang banyak (20 akaun ke atas), sila hubungi TNB Careline di 1300 88 5454 untuk tindakan selanjutnya.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal mencari alamat (premise information) bagi permohonan bekalan (data not found)?

Sila Log masuk di myTNB dan pergi ke INFORMATION > "Documents" dan klik pada "FAQ : Premise Searching" untuk tatacara berkenaan

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya pembayaran telah dibuat melalui myTNB Self Service Portal tetapi bayaran tidak dikemaskini?

Sila hubungi TNB Careline di 1300 88 5454 untuk semakan dan tindakan selanjutnya.