FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Bagaimanakah TNB membuat pengebilan kebelakang untuk kes-kes usikan meter?

TNB membuat pengebilan kebelakang atau unit yang terkurang caj berdasarkan kepada:

  • Bandingan purata penggunaan elektrik sebelum atau selepas meter dibaiki/ ditukarkan atau peratus ralat meter yang diuji di premis
  • Tempoh usikan meter dari tarikh ianya usikan dikesan sama ada melalui rekod penggunaan, rekod meter (event log) atau profil penggunaan hingga tarikh meter dibaiki/ditukar
  • Eviden pengguna seperti tarikh jual beli premis, henti tugas dan sebagainya

Bolehkah pelanggan membuat rayuan terhadap jumlah bil kebelakang?

Ya, pelanggan boleh membuat rayuan dengan memohon sesi rundingan dengan Jawatankuasa Khas Usikan meter yang diaturkan oleh pegawai yang dinyatakan di dalam surat tuntutan kehilangan hasil. Pelanggan digalakkan membawa bukti-bukti yang sahih dan disahkan (certified) seperti perjanjian Jual & Beli, bil air, perjanjian penyewaan dan dokumen-dokumen sokongan lain untuk membolehkan TNB menentukan amaun yang munasabah

Adakah TNB berhak untuk membuat pemotongan bekalan elektrik?

Ya, undang-undang memperuntukkan TNB membuat pemotongan bekalan elektrik

Apa akan terjadi dalam kes-kes di mana terdapat percanggahan pendapat mengenai terma-terma penyelesaian berkaitan dengan jumlah bil kebelakang atau bilangan ansuran?

Sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang, pelanggan boleh merujuk perkara seumpama itu kepada tribunal pelanggan (bagi kes kurang daripada RM25,000 dan kepada mahkamah (bagi kes-kes melebihi RM25,000)

Apakan tindakan TNB dalam kes di mana pelanggan tidak hadir untuk rundingan awal?

TNB akan menuntut kehilangan hasil melalui saluran mahkamah

Bagaimanakah TNB menangani kes-kes pertikaian antara pemilik premis / tuan rumah dengan penyewa?

Sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Bekalan Elektrik (ESA) 1990, pemilik premis / pelanggan berdaftar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hutang yang ditanggung dan oleh itu hendaklah menyelesaikannya secara baik

Adakah TNB mempunyai peruntukan bagi pemilik premis / pelanggan berdaftar untuk membuat rayuan?

Ya,TNB akan mempertimbangkan rayuan daripada pemilik premis berdasarkan kes. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk menghubungi Pegawai Perhubungan Pelanggan di Pusat Khidmat Pelanggan terdekat atau e-mel kepada [email protected] dengan memberi maklumat seperti berikut:

  • Nombor Akaun
  • Nama pelanggan berdaftar
  • Nombor telefon
  • Alamat e-mel: (di mana berkaitan)

Bagaimanakah TNB mendapat maklumat berkaitan kes usikan meter?

Pangkalan data TNB mempunyai keupayaan mengesan sebarang kejanggalan meter selain pemeriksaan rutin oleh pihak khas dan Pembaca Jangka. Maklumat usikan meter juga diperolehi dari aduan awam

Adakah TNB menerima banyak aduan daripada penghuni rumah pangsa / apartmen berhubung peningkatan penggunaan selepas program penggantian meter rutin?

Walaupun kebanyakan kes masih disebabkan kes usikan meter, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang membeli atau menyewa di mana pemilik dahulu telah mengusik meter menyebabkan pelanggan terpaksa menanggung amaun bil kebelakang itu.

Untuk membantu pelanggan berkenaan, TNB menegaskan dalam surat tuntutannya bahawa pemilik / penyewa perlu menghubungi pejabat TNB yang mengemukakan surat tuntutan serta menyediakan bukti-bukti yang perlu. Dalam kebanyakan kes, TNB bersedia mempertimbangkan asas/dakwaan kukuh dari pemilik / penyewa berkenaan.

Mengapa penghuni rumah pangsa / apartmen yang TIDAK mempunyai akses kepada meter mereka terpaksa bertanggungjawab terhadap usikan meter / pepasangan kerana hanya Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) yang mempunyai akses ke bilik meter?

Walaupun perkara itu benar, pemilik / penyewa perlu mendapat penjelasan daripada JPB mengenai isu ini. TNB hanya membuat tuntutan terhadap amaun yang terkurang caj akibat usikan terhadap meter / pepasangan dan membenarkan pemilik / penyewa membuat rayuan di pejabat TNB yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan dengan memberi bukti seperti perjanjian Jual & Beli dan lain-lain

Pada amnya laporan dalam media adalah daripada pelanggan domestik. Adakah TNB dapat mengenal pasti pelanggan daripada sektor-sektor lain berhubung kes usikan meter?

Ya, TNB telah juga mengenalpasti kes usikan meter melibatkan pelanggan daripada sektor lain iaitu sektor komersial, industri dan pertanian. 50% daripada kes-kes yang direkodkan bagi kes kecurian elektrik adalah daripada sektor domestik kerana 85% daripada pelanggan TNB adalah daripada sektor ini

Oleh kerana banyak aduan berkaitan penggantian meter disebabkan kes usikan meter adalah dari Selangor dan Wilayah Persekutuan KL, apakah inisiatif TNB untuk menangani isu ini di kawasan-kawasan yang terbabit?

Bermula 15 September 2011, TNB telah menubuhkan lebih banyak kaunter usikan meter di beberapa pejabat TNB selain kaunter sedia ada. Pengguna yang memohon untuk menyelesaikan kes usikan dengan segera akan dibantu dan bagi yang memerlukan sesi rundingan (untuk penjelasan lanjut dan rayuan, pihak kaunter akan mengatur satu tarikh bagi janji temu

Di manakah pelanggan boleh membuat laporan mengenai kes usikan meter?

Pelanggan boleh membuat laporan secara langsung kepada TNB melalui pelbagai saluran, antaranya: