FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Apakah subsidi yang dipaparkan dalam bil elektrik pengguna?

  • Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri pada 24 Jun 2022, Kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan kadar Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api atau Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) kepada semua pelanggan di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022 walaupun berlaku peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM7.0 bilion bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022. Tanpa subsidi ini, surcaj Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) sebenar adalah pada kadar RM0.1181/kWj.
     
  • Bagi menanggung kos kenaikan bahan api dan penjanaan ini serta memastikan pengekalan kadar ICPT tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM5.8 bilion yang merupakan subsidi bahan api ke atas bil elektrik bagi semua pelanggan kediaman dan bukan kediaman.
     
  • Amaun subsidi bahan api yang tertera pada bil elektrik adalah berdasarkan jumlah unit elektrik (kWj) yang digunakan pada bulan tersebut sebagai rujukan dan makluman sahaja, tanpa melibatkan sebarang transaksi kewangan.

Apakah maksud jumlah bil sebenar tanpa subsidi?

Jumlah bil sebenar tanpa subsidi adalah merujuk kepada jumlah bil elektrik sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan untuk penggunaan elektrik pada bulan tersebut sekiranya tiada subsidi kos bahan api ditanggung oleh Kerajaan. Jumlah ini adalah merujuk kepada jumlah caj semasa dan subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan berdasarkan penggunaan elektrik pada bulan tersebut.

Bagaimanakah jumlah subsidi dikira?

  • Jumlah subsidi dikira berdasarkan perbezaan kadar rebat atau surcaj ICPT yang dikenakan mengikut kategori pelanggan berbanding kadar surcaj ICPT sebenar bagi tempoh 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022, iaitu RM0.1181/kWj.

    Jumlah subsidi bahan api = (Kadar surcaj ICPT sebenar – Kadar ICPT mengikut kategori pelanggan) x penggunaan elektrik dalam kWj
     
  • Bagi penggunaan elektrik sebelum 1 Julai 2022, jumlah subsidi bahan api adalah berdasarkan perbezaan kadar rebat atau surcaj ICPT yang dikenakan mengikut kategori pelanggan berbanding kadar surcaj ICPT sebenar bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022, iaitu RM0.037/kWj
     
  • Berikut adalah kadar ICPT mengikut kategori pelanggan bagi tempoh enam (6) bulan pelaksanaan ICPT dari 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022:
Pelanggan Jenis Tarif Pelaksanaan ICPT Kadar ICPT

Kediaman

Domestik – Tarif A

Rebat

RM-0.02/kWj

Bukan Kediaman

Perdagangan, Perindustrian, Pertanian Spesifik, Perlombongan, Lampu Jalanraya

Surcaj

RM0.037/kWj

Berapa kerapkah pengiraan subsidi ini akan disemak?

Pengiraan subsidi akan disemak semula berdasarkan semakan perubahan sama ada kenaikan atau pengurangan kos bahan api setiap enam (6) bulan oleh Kerajaan Malaysia.

Di manakan mesej subsidi ini dipaparkan di dalam bil elektrik?

Contoh paparan mesej subsidi dalam tiga jenis bil elektrik adalah seperti berikut :

  1. Bil Fizikal (thermal bill)

     
  2. Bil Digital (online bill)


     
  3. Bil Digital dengan reka bentuk baharu

Adakah mesej subsidi ini dipaparkan di dalam semua bil elektrik?

Ya mesej subsidi ini akan dipaparkan di dalam kesemua bil elektrik pengguna kecuali bil yang tiada dikenakan surcaj atau rebat ICPT contohnya bil yang dikenakan caj minimum dan bil dengan caj semasa berjumlah negatif. Selain itu, bil pengguna Green Electricity Tariff (GET) dengan jumlah penggunaan kWj kurang daripada jumlah langganan kWj juga tiada paparan mesej subsidi di mana pengecualian ICPT diberikan ke atas langganan program GET sehingga 31 Disember 2022.

Bagaimanakah pengiraan subsidi bagi pengguna NEM dan MBIPV?

Pengiraan subsidi bahan api bagi pengguna NEM dan MBIPV adalah berdasarkan jumlah kWj import manakala bagi pengguna NEM dan MBIPV yang melanggan Green Electricity Tariff (GET), pengiraan subsidi adalah berdasarkan jumlah kWj net iaitu setelah ditolak penggunaan (kWj) eksport daripada penggunaan (kWj) import yang direkodkan.

Contoh pengiraan subsidi bahan api dalam bil elektrik pengguna

Senario 1 – Pelanggan kategori Kediaman (Penggunaan bulanan 1,465 kWj)

Jumlah subsidi bahan api 

= (Kadar surcaj ICPT sebenar – Kadar ICPT berdasarkan kategori pelanggan) x penggunaan bulanan dalam kWj
= [RM0.1181 – (-RM0.02)] x 1,465kWj
= RM202.32

Jumlah bil sebenar tanpa subsidi 

= Caj Semasa + Jumlah Subsidi Bahan Api
= RM 728.56 + RM202.32                           
= RM 930.88

Senario 2 – Pelanggan kategori Bukan Kediaman (Penggunaan bulanan 1,042 kWj)

Jumlah subsidi bahan api 

= (Kadar surcaj ICPT sebenar – Kadar ICPT berdasarkan kategori pelanggan) x penggunaan bulanan dalam kWj
= [RM0.1181 – (RM0.037)] x 1,042kWj
= RM84.51

Jumlah bil sebenar tanpa subsidi

= Caj Semasa + Jumlah Subsidi Bahan Api
= RM562.38 + RM84.51
= RM646.89