FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Kekosongan Jawatan - Pembantu Tadbir dan Penyelenggara Stor

30/09/2010

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (Kontrak) dan Penyelenggara Stor (Kontrak) di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat-syarat Kelayakan

     
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Untuk Sijil Terbuka SPM, lulus sekurang-kurangnya enam (6) matapelajaran dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  •  
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan
  •  
  • Mereka yang berjaya akan dilantik secara kontrak untuk tempoh selama satu (1) tahun. Pertimbangan penyerapan ke dalam perkhidmatan tetap akan dilaksanakan setelah calon mengikuti dan lulus Program Pendidikan Pembantu Tadbir (PPPT)

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dilaksanakan secara online melalui http://madis.tnb.com.my/madis Borang permohonan yang dimajukan secara manual tidak akan dilayan.

     
  • Pemohon-pemohon yang disenaraipendek akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan jawatan yang dipohon
  •  
  • Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya
  •  
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan

Tarikh Tutup: 15 Oktober 2010