FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Kekosongan Jawatan - Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa

03/05/2011

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa di Tenaga Nasional Berhad.

Huraian Tugas & Tanggungjawab

     
  • Menjalankan tugas-tugas kendalian dan pengawasan terhadap loji stesen janaelektrik (Termal / Hidro)
  •  
  • Memahami secara umum kaedah-kaedah keselamatan, menjalani latihan pencegah kebakaran dan tindakan kecemasan (Emergency Preparedness And Response - EPR). Menjadi ahli pasukan pemadam kebakaran dan EPR bila berlaku kebocoran minyak dan bahan kimia
  •  
  • Memahami fungsi-fungsi loji dan mesin-mesin bantu di dalam kawasan rondaan
  •  
  • Menjalankan rondaan diseluruh kawasan stesen janaelektrik dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan selamat
  •  
  • Mengambil bacaan log seperti tercatat di dalam logsheet yang disediakan dan majukan kepada Penyelia untuk disemak dan diperiksa. Logsheet berkenaan perlu difailkan dengan kemas kerana ianya adalah merupakan rekod ISO
  •  
  • Peka dengan nilai-nilai dan fakta-fakta kendalian termasuk had-had kendalian penggera (alarms) dan pelantikan loji
  •  
  • Melaporkan segala kecacatan loji dengan tepat dan jelas kepada Juruteknik Tingkatan Tertinggi / Kanan
  •  
  • Kerja-kerja pengasingan (isolation) loji mengikut peraturan keselamatan yang telah digariskan
  •  
  • Kerja-kerja pemulihan (normalization) dan pengujian bila sesuatu system atau mesin hendak dimulatugaskan
  •  
  • Kerja-kerja memulatugas dan hentitugas semua alatbantu berkaitan seperti pam, pemampat, kipas dan sebagainya
  •  
  • Kerja-kerja penukaran penyejuk, pemindah haba dan penapis (Coolers, heat exchangers & strainers)
  •  
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kendalian mengikut prosedur ISO
  •  
  • Bersedia dalam setiap masa untuk bertindak dalam keadaan kecemasan seperti yang dinyatakan dalam Black Start Procedure

Syarat-syarat Kelayakan

     
  • Memiliki Sijil Kejuruteraan Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf termasuklah pemegang-pemegang Sijil Kejuruteraan dari Institut Kemahiran MARA (IKM) atau institusi pengajian lain yang memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Bidang Elektrikal / Mekanikal)
  •  
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit mata pelajaran Bahasa Malaysia dan salah satu matapelajaran lain sama ada Matematik atau Sains
  •  
  • Sihat tubuh badan tanpa penyakit kronik

     

Penempatan

Stesen-stesen Janaelektrik, Bahagian Penjanaan, TNB di seluruh Malaysia

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara online. Sila layari http://emadis.tnb.com.my Sekiranya anda tidak dimaklumkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, anda tidak disenarai pendek untuk jawatan yang dipohon. Hanya pemohon yang disenaraipendek dijemput untuk menduduki sesi pemilihan seterusnya iaitu temuduga.

Tarikh Tutup: 16 Mei 2011