Jauhi Pepasangan yang Tumbang Akibat Cuaca Buruk
06/01/2022
Berikutan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi baru-baru ini, awasi pergerakan anda jika ada pokok tumbang yang menghempap tiang dan memutuskan wayar elektrik.
Hubungi pejabat TNB yang berdekatan, TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline jika ternampak pepasangan TNB teralih atau tumbang.