FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Lanjutan Program Bantuan Kepada Pengguna Elektrik Kediaman Bagi Tahun 2022

03/01/2022

Pelanggan yang dihargai,

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin mengumumkan bahawa program Pelan Bayaran Mudah (PBM) bagi pengguna kediaman terlibat adalah kemudahan untuk membuat pembayaran bil bulanan sebanyak 70% dan baki penangguhan bil sebanyak 30% tanpa dikenakan surcaj lewat bayar. Program ini telah bermula pada 1 Januari 2021 dan tamat pada 31 Disember 2021.

Baki keseluruhan amaun 30% yang tertangguh ini perlu dilunaskan dalam tempoh 6 bulan iaitu bermula 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022. Amaun ini dibahagi sama rata untuk pembayaran selama 6 bulan.

Walaubagaimanapun, atas dasar keprihatinan pihak TNB untuk meringankan beban kewangan pengguna yang terkesan terhadap situasi ekonomi yang mencabar serta keadaan banjir yang melanda negara ketika ini, pihak TNB telah melanjutkan tempoh pembayaran bagi baki amaun tertangguh untuk pengguna kediaman di bawah program PBM daripada 6 bulan kepada 12 bulan iaitu bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Selain itu, aktiviti pemotongan bekalan juga ditangguhkan bermula 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022 bagi pengguna kediaman yang terlibat dengan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh ini. Penangguhan pemotongan bekalan ini tidak dikecualikan kepada pengguna kediaman yang mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan. Kami menasihatkan pelanggan yang mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak TNB bagi mengelak dikenakan tindakan pemotongan.

Sebarang kesulitan berhubung Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh, pengguna boleh berbincang dengan pihak TNB bagi mengatur pelan pembayaran yang bersesuaian. Sila layari portal myTNB di https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji untuk menempah slot temujanji atau hubungi TNB Careline di talian 1-300-88-5454.

Maklumat lanjut berkaitan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh ini boleh dirujuk di bahagian FAQ https://www.tnb.com.my/nrp/faq-epp/