FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Pra Kelayakan Kategori Perkhidmatan Penyelenggaraan Bangunan (Hard Services)

25/10/2022

TNB mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Pra Kelayakan Kategori Perkhidmatan Penyelenggaraan Bangunan (Hard Services) di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat Kelayakan adalah seperti berikut:

Bil Kriteria Mandatori Dokumen Yang Perlu Dimajukan
1.

Berdaftar dengan TNB

Sijil TNB

2.

Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred Pengkhususan & kategori yang disyaratkan.
Gred : G4/G5/G6/G7
Kategori : F (Fasiliti)
Pengkhususan : F01

Dan

Sekurang-kurangnya 2 dari 3 pengkhususan yang disenaraikan :
B24,M01,E11.

Sekurang-kurangnya memiliki kombinasi seperti :
i. B24 dan M01
ii. B24 dan E11
iii. M01 dan E11

Sijil pendaftaran dari CIDB

3.

Mempunyai nilai shareholder's fund / equity yang positif berdasarkan tempoh dua puluh (20) bulan terkini.

Perlu majukan Audited Financial Statement 20 bulan terkini.

4.

Paid Up Capital melebihi RM 150,000.00 dan Acid Test Ratio > 1.

Sekiranya Acid Test Ratio < 1, boleh dipertimbang dengan syarat unutilized revolving credit facilities + average latest 3 months' bank balance >15% * dari harga anggaran tender.

(*15% threshold is proposed which is equivalent to 5% Performance Security and 10% Mobilization cost)

Memajukan statement bank balance untuk 3 bulan terkini, SSM dan dokumen yang menyokong kredit fasiliti

5.

Tiada kes litigasi dengan TNB atau sebaliknya (mesti disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah) dan tidak disenarai hitam (melalui semakan sistem)

Melalui semakan sistem
6.

Pengalaman kerja / perkhidmatan sebagai kontraktor utama dalam bidang Penyelenggaraan bangunan / Pengurusan Fasiliti (hard services) dengan nilai kontrak terkumpul sekurang-kurangnya RM 1 Juta setahun dalam tempoh 5 tahun terkini.

Mengemukakan salinan Letter Of Award (LOA) dan / atau Pesanan Belian (Purchase Order) bagi kerja yang berkaitan. Borang pengesahan prestasi dari Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek Pihak Pelanggan.

7.

Mempunyai baki akaun semasa dengan nilai minimum sebanyak RM 100,000 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan terkini.

Memajukan penyata akaun semasa untuk
6 bulan terkini.

Permohonan ini perlu dibuat secara atas talian, Oleh itu, syarikat-syarikat yang ingin menyertai perlu membuat permohonan melalui emel dengan mengisi “Subject :- KATEGORI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN (HARD SERVICES)” kepada alamat email [email protected]. Pihak kami akan membalas email tersebut dan memberikan maklumat lanjut berhubung sesi ini.

Tarikh akhir bagi permohonan dan pengisian maklumat serta muatnaik dokumen bagi sesi pra kelayakan ini adalah seperti berikut;

  • Tarikh      : 9 November 2022 (Rabu)
  • Masa       : 5.00 petang
  • URL web : Google Form

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai seperti nama di bawah:

Nama Email
Puan Nor Suzalwani Sulaiman [email protected]
Puan Aishah Farqh binti Che Zaitu [email protected]