FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Pra Kelayakan Kontraktor Panel PMC

03/11/2022

TNB mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Pra Kelayakan Panel Kontraktor bagi Kerja-Kerja Pembinaan Termasuk Kerja-Kerja Ubahsuai di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dibawah seliaan Property Services Department (PSD).

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Kriteria Keperluan Dokumen

1. Berdaftar dengan TNB (Vendor TNB)

Sijil Pendaftaran TNB

2. Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) dibawah Gred: G1 – G4, Kategori CE21 / B04 / B07 / B28

Sijil Pendaftaran CIDB

3. Status syarikat sama ada bumiputera atau bukan bumiputera

  • GI & G2 :  Bumiputera sahaja
  • G3 & G4 : terbuka
Sijil pengesahan status bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia / BPKU

4. Tidak disenarai hitam oleh TNB

-

5. Tidak mempunyai kes litigasi dengan TNB

-

6. Memajukan profil syarikat yang lengkap

Memajukan profil syarikat yang lengkap

7. Mempunyai Perjanjian Rakan Kongsi yang Sah / Perjanjian Usahasama (sekiranya berkaitan)

Perjanjian Rakan Kongsi (JV)

8. Mempunyai positif shareholder fund/equity berdasarkan tempoh 12 bulan Audited Financial Statement (bagi Syarikat Sdn. Bhd.)

12 bulan Audited Financial Statement terkini

9. Nilai Share Capital

Grade Minimum Share Capital Had Nilai Perolehan Kerja
G1 RM 50K RM 200,000 dan kebawah
G2 RM 50K RM 200,000.01 - RM 500,000.00
G3 RM 50K RM 500,000.01 - RM1,000,000.00
G4 RM 150K RM 1,000,000.01 - RM3,000,000.00

e-info SSM

10. Acid test ratio >1.0, atau

Sekiranya <1.0, perlu majukan unutilized credit facilities + penyata bank 3 bulan terkini (bagi Syarikat Sdn. Bhd.)

*Kos anggaran adalah nilai maksimum bagi setiap kategori

Audited Financial Statement terkini, atau

Sekiranya <1.0, perlu majukan unutilized credit facilities + penyata bank 3 bulan terkini

11. Perlu majukan unutilized credit facilities + penyata bank 3 bulan terkini (bagi Syarikat Enterprise)

*Kos anggaran adalah nilai maksimum bagi setiap kategori
 

Perlu majukan unutilized credit facilities + penyata bank 3 bulan terkini

12.Pengalaman Kerja:

Telah menyiapkan projek pembangunan dan / kerja-kerja rekaan dalaman dan / kerja-kerja baikpulih sebagai kontraktor utama dalam tempoh 5 tahun kebelakangan dengan nilai kontrak kumulatif seperti dinyatakan

Gred  Nilai Kontrak Kumulatif

  • G1 - RM 500,000.00
  • G2 - RM 1 juta  
  • G3 - RM 2 juta
  • G4 - RM 6 juta

Bukti Purchase Order (PO)/ Taking Over Certificate (TOC)/ Laporan kerja Selesai (LKS) atau dokumen yang berkaitan.

13. Kriteria Pemarkahan:

  • Latar Belakang
  • Pengalaman
  • Pengalaman Lepas
 

Permohonan ini mesti dibuat melalui google form. Oleh itu, syarikat yang ingin mengambil bahagian harus mengisi dan memuatnaik segala data dan dokumen yang diperlukan ke dalam link yang dinyatakan:

Satu sesi taklimat akan dijalankan secara atas talian seperti berikut:

  • Date   :  4 November 2022
  • Time   : 10:30 A.M.
  • URL    : TNB Webex

Tarikh akhir permohonan dan mengisi maklumat serta memuat naik dokumen bagi sesi pra-kelayakan ini adalah seperti berikut:

  • Date   : 18 November 2022
  • Time   : 5.00 p.m.
  • URL    : Google Form

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai tersebut seperti nama di bawah.

Name Email Phone no.

Puan Nor Suzalwani Sulaiman

[email protected]

019 - 3336451

Puan Ruqayyah Alwi

[email protected]

019 - 5935278