Program Latihan & Persijilan Jurukimpal
16/02/2011
Program anjuran TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS ini membentuk kemahiran dan keyakinan pelatih untuk membuat proses kimpalan Shielded Metal Arc Welding (SMAW) di atas carbon steel dengan menggunakan pelbagai elektrod di dalam pelbagai posisi kimpalan (sehingga posisi vertical uphill - 3G) berpandukan Welding Procedure Specification (WPS) yang sesuai. Kod & standard yang berkaitan dengan ASME Section IX dan/atau AWS D1.1
Objektif Program
- Memperolehi pengetahuan asas tentang peralatan kimpalan
- Menjelaskan sambungan dan posisi kimpalan
- Memperolehi pengetahuan mengenai proses kimpalan
- Membuat kimpalan SMAW di atas carbon steel secara “But Joint” menggunakan Carbon Steel Electrode (E6013), berpandukan kepada WPS di dalam kedudukan 1G (Downhand), 2G (Horizontal) dan 3G (Vertical)
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Umur di antara 18 hingga 20 tahun (pada Januari 2011)
- Tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan penuh kerajaan
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 Mac 2011 Untuk perincian program dan borang permohonon, sila klik disini