FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Struktur Empangan TNB Utuh dan Kekal Berfungsi

08/10/2023

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat pemeriksaan berkala secara bulanan terhadap semua empangan hidroelektriknya dan melaksanakan audit integriti struktur setiap enam bulan untuk memastikan keadaan struktur yang utuh dan dapat berfungsi dengan baik selain mengenalpasti sebarang potensi risiko yang mungkin timbul.

Malah, Penilaian Keselamatan Empangan (Dam Safety Review) oleh pakar empangan bebas dilaksanakan setiap lima tahun yang selaras dengan garis panduan antarabangsa International Commission on Large Dam (ICOLD) dimana pakar-pakar empangan dilantik untuk memeriksa dan menilai keadaan integriti empangan dan struktur yang berkaitan.

Tujuannya adalah untuk memastikan struktur seperti alur limpah (spillway), muka sauk (intake), empangan pelana (saddle dam) dan sebagainya berfungsi dengan baik dan kukuh serta juga menilai keadaan empangan dalam menjamin keselamatan dan integritinya.




Untuk ketahui lebih lanjut: File