FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

TNB Menyokong ESG Dengan 100% Pengaktifan e-Invoice

01/04/2022

Adalah dimaklumkan bahawa TNB akan melaksanakan sepenuhnya penggunaan e-Invoice bagi semua e-PO yang dikeluarkan kepada syarikat yang berdaftar sebagai pembekal/kontraktor TNB. Pelaksanaan ini adalah sejajar dengan initiatif TNB ke arah memperkasakan penggunaan teknologi digital serta menyokong agenda Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (Environment, Social & Governance – ESG).

Pengunaan e-Invoice juga dapat memastikan proses pembayaran kepada pihak pembekal/kontraktor dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Platform e-Invoice ini dapat diakses melalui SUS Portal bagi tujuan semakan status pesanan belian hingga ke status pembayaran. Manakala bagi pembayaran wang tahanan, pesanan belian secara blanket, pengurangan pembayaran melalui nota kredit adalah tidak termasuk / tertakluk dalam penggunaan platform e-Invoice ini.

Untuk makluman, pengaktifan e-invoice ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Syarikat yang terlibat akan menerima emel pemakluman dan boleh menggunakan platform e-invoice sepenuhnya bagi semua e-PO yang diwujudkan selepas tarikh pengaktifan tersebut. Panduan pengguna berkaitan e-Invoice boleh didapati di laman sesawang TNB melalui pautan berikut:

https://www.tnb.com.my/doing-business-with-tnb/srm/user-guide#e-invoice

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai perlaksanaan e-Invoice, sila majukan emel ke [email protected] atau hubungi talian 03-8929 9595.

Terima kasih.