Choose by categories:
BM - ISU-ISU PEMILIK/PENYEWA
Terdapat pemilik dibebani dengan bil yang tinggi setelah penyewa berpindah. Bagaimana pemilik boleh melindungi hak mereka?
Pemilik / pelanggan berdaftar mempunyai dua pilihan:
- Sebelum penyewa berpindah ke premis, pemilik / pelanggan berdaftar boleh menyediakan dokumen Penukaran Penghuni (Change of Tenancy) yang menjadikan penyewa bertanggungjawab terhadap bil yang tidak dibayar.
- Sekiranya pemilik tidak mahu membuat Penukaran Penghuni (Change of Tenancy), pemilik boleh mendaftar di laman web myTNB (www.mytnb.com.my) untuk memantau penggunaan bulanan dan corak pembayaran penyewanya
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk membuat pertanyaan lanjut?
Pelanggan boleh menghubungi TNB melalui pelbagai saluran antaranya:
- Hubungi One Stop Engagement Center di 1-300-88-5454
- Hubungi TNB Careline melalui Facebook TNB Careline dan X @Tenaga_Nasional
- E-mel kepada [email protected]
- Klik Submit Feedback Online
- Kunjungi Kedai Tenaga TNB yang berhampiran