Choose by categories:
BM - TNB Enhanced Time of Use (ETOU)
Apakah skim tarif Time of Use (TOU) TNB?
Skim tarif TOU menawarkan kadar tarif yang berbeza mengikut zon masa iaitu Puncak dan Luar Puncak di mana pengguna akan menikmati kadar tarif yang lebih rendah pada zon Luar Puncak berbanding pada zon Puncak
Apakah skim tarif Enhanced Time of Use (ETOU)?
Skim tarif ETOU diperkenalkan sebagai lanjutan daripada skim tarif TOU sedia ada. Skim ini menawarkan tiga zon masa untuk caj tenaga dengan kadar Puncak, Pertengahan Puncak dan Luar Puncak manakala dua zon masa untuk caj Kehendak Maksimum dengan kadar Puncak dan Pertengahan Puncak.
Skim ini juga dibahagikan mengikut;
- Isnin hingga Jumaat
- Sabtu, Ahad dan cuti umum
Isnin hingga Jumaat |
|
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum |
|
Nota: ETOU hanya akan mengambil kira cuti umum yang tetap seperti: Tahun Baru (1 Januari), Hari Pekerja (1 Mei), Hari Kebangsaan (31 Ogos), Hari Malaysia (16 September) & Krismas (25 Disember)
Apakah perbezaan zon masa antara tarif TOU dan tarif ETOU?
Tarif TOU
- Tarif TOU mempunyai 2 zon masa (Puncak dan Luar Puncak )
Zon Masa TOU diklasifikasikan seperti berikut:
Tarif ETOU
- ETOU menawarkan 3 zon masa (Puncak, Pertengahan Puncak dan Luar Puncak) pada hari Isnin – Jumaat, manakala 1 zon masa (Luar Puncak) pada Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Zon Masa ETOU diklasifikasikan seperti berikut:
Bilakah skim tarif ETOU akan ditawarkan kepada pengguna?
Skim ETOU akan ditawarkan sebagai opsyen mengikut jadual di bawah:
Jadual Perlaksanaan Enhanced Time of Use (ETOU) | |
---|---|
Date | Tariff Categories |
Bermula 1 January 2016 |
|
Bermula 1 January 2017 |
|
Nota : Walaubagaimanapun, pengguna Industri bervoltan rendah boleh memilih opsyen ETOU bermula dari 1 Januari 2016, tetapi perlu menaiktaraf kepada voltan sederhana dengan kos ditanggung sendiri oleh pengguna.
Siapakah pengguna yang layak untuk skim tarif TOU dan skim tarif ETOU?
Skim tarif TOU ditawarkan kepada pengguna voltan sederhana dan tinggi di bawah kategori berikut:
- Komersil : Tarif C2
- Perindustrian : Tarif E2, E2s, E3, E3s
- Pertanian Spesifik : Tarif H2
- Perlombongan : Tarif F2
Skim tarif ETOU akan ditawarkan sebagai opsyen kepada pengguna voltan rendah, sederhana dan tinggi di bawah kategori tariff berikut:
- Komersil : Tarif C1, C2
- Perindustrian : Tarif D, Ds, E1, E1s, E2, E2s, E3, dan E3s
Mengapakah kadar tarif berbeza mengikut zon masa?
Permintaan untuk tenaga elektrik akan berbeza sepanjang hari, oleh itu kos untuk menjana tenaga elektrik berubah mengikut permintaan dalam sehari.
Sebagai contoh: Dalam zon Puncak, permintaan tenaga elektrik adalah tinggi dan ia menyebabkan kos penjanaan menjadi lebih tinggi pada zon tersebut. Oleh itu, kadar tarif pada zon Puncak adalah lebih tinggi berbanding kadar tarif pada zon pertengahan Puncak dan Luar Puncak
Adakah pelaksanaan skim tarif ETOU akan menamatkan skim tarif TOU?
Tidak. Skim ETOU ditawarkan sebagai opsyen kepada pengguna yang berminat.
Adakah pengguna skim tarif TOU akan ditukarkan ke skim tarif ETOU secara automatik?
Tidak. Pengguna skim tarif TOU perlu memohon kepada TNB untuk bertukar kepada skim tarif ETOU.
Apakah objektif skim tarif ETOU yang ditawarkan kepada pengguna?
Objektif perlaksanaan tarif ETOU ialah untuk menggalakkan pengurusan sektor permintaan (Demand Side Management).
ETOU memberi peluang kepada pengguna untuk menguruskan penggunaan tenaga elektrik mereka dengan lebih cekap dengan pengurangan penggunaan tenaga elektrik pada waktu Puncak.
Apakah faedah daripada skim tarif ETOU kepada pengguna?
ETOU ialah alat kawal selia yang membenarkan pengguna untuk mengawal penggunaan tenaga elektrik dan bil mereka.
Pengguna akan menikmati pengurangan dalam bil bulanan dengan cara mengalihkan penggunaan elektrik mereka daripada zon Puncak ke zon Pertengahan Puncak atau Luar Puncak dimana kadar tarif adalah lebih rendah.
Jika saya memilih untuk mendaftar skim tarif ETOU, adakah saya dibenarkan untuk kembali ke skim tarif sebelumnya?
Pengguna mesti komited untuk kekal dalam skim tarif ETOU sekurang-kurangnya 6 bulan.
Selepas 6 bulan, pengguna mempunyai pilihan untuk membatalkan skim tarif ETOU dan kembali kepada skim tarif sebelumnya dengan kos ditanggung sendiri oleh pengguna
Adakah pengguna-pengguna Industri Tarif Khas (TIK) akan mendapat kadar ETOU khas?
Tidak. Pengguna TIK akan ditawarkan kadar ETOU yang sama ditawarkan kepada pengguna bukan TIK
Bolehkah pengguna mendaftar di skim Tarif Perindustrian Khas (TIK) dan skim ETOU pada masa yang sama?
Tidak. Pengguna hanya dibenarkan untuk memilih salah satu skim daripada skim yang ditawarkan untuk setiap akaun mereka.
Adakah ETOU diwajibkan kepada semua pengguna?
Tidak. ETOU akan ditawarkan sebagai opsyen kepada pengguna yang layak.
Pengguna perlu memilih skim tarif yang sesuai dengan corak penggunaan tenaga mereka.
Apakah Kadar ETOU?
Kadar ETOU adalah seperti berikut:
Tariff Category | kehendak Maksimum (RM/ kW) | Caj Tenaga (Sen/ kWh) | |||
Puncak | Pertengahan Puncak | Puncak | Pertengahan Puncak | Luar Puncak | |
Perdagangan C1 Voltan Sederhana ETOU | 34.00 | 28.80 | 58.40 | 35.70 | 28.10 |
Perdagangan C2 Voltan Sederhana ETOU | 48.40 | 42.60 | 63.60 | 33.90 | 22.40 |
Perindustrian D Voltan Rendah ETOU | 42.10 | 37.20 | 48.40 | 32.70 | 24.90 |
Perindustrian E1 Voltan Sederhana ETOU | 35.50 | 29.60 | 56.60 | 33.30 | 22.50 |
Perindustrian E2 Voltan Sederhana ETOU | 40.00 | 36.00 | 59.20 | 33.20 | 21.90 |
Perindustrian E3 Voltan Tinggi ETOU | 38.30 | 35.00 | 57.60 | 32.70 | 20.20 |
Bagaimana untuk memohon Skim ETOU?
Pengguna yang ingin memohon skim ETOU boleh memajukan permohonan rasmi menyatakan numbor akaun TNB kepada Kedai Tenaga TNB yang berhampiran.