2024
Kami di Tenaga Nasional Berhad (TNB) amat prihatin terhadap insiden baru-baru ini yang melibatkan panggilan telefon palsu di mana individu menyamar sebagai pegawai TNB, mengakibatkan kerugian kewangan yang besar kepada mangsa. Kami ingin menyampaikan rasa simpati kepada mangsa penipuan ini.
TNB ingin menjelaskan bahawa kami tidak menjalankan sebarang transaksi atau meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon. Semua komunikasi rasmi daripada TNB berkaitan perkhidmatan seperti pemasangan meter dilakukan melalui saluran rasmi kami, termasuk surat, e-mel, atau TNB CareLine di 1300-88-5454.
Kami menggesa orang ramai untuk berwaspada terhadap penipuan seperti ini dan segera melaporkan sebarang panggilan atau komunikasi mencurigakan yang melibatkan TNB kepada kami atau pihak berkuasa yang berkenaan.
Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut, sila hubungi Private Message (PM) TNB CareLine atau Direct Message (DM) X @Tenaga_Nasional atau e-mel kepada [email protected]
Merujuk kepada laporan media mengenai mangsa sindiket penipuan bil elektrik baru-baru ini, kami ingin menegaskan kepada semua pelanggan untuk tidak terpedaya dengan tawaran diskaun pakej pembayaran bil elektrik daripada mana-mana individu atau pihak ketiga, sama ada secara terus atau melalui panggilan telefon, WhatsApp dan media sosial.
Sila buat pembayaran bil anda melalui saluran pembayaran yang sah sahaja. Untuk mendapatkan pengesahan bagi sebarang maklumat, sila hubungi kami di talian 1300-88-5454, akaun media sosial Facebook TNB CareLine atau X @Tenaga_Nasional.
Baru-baru ni, terdapat sindiket penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan perkhidmatan bagi menyelesaikan isu pengusikan meter (meter tampering) TNB di sekitar Puchong, Selangor.
Kami ingin menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada agar anda tidak menjadi mangsa kepada individu-individu yang menyamar sebagai pekerja TNB.
Hubungi kami bagi mendapatkan sebarang pengesahan jika menerima maklumat yang mencurigakan dengan menghantar Private Message (PM) di Facebook TNB CareLine atau Direct Message (DM) X @Tenaga_Nasional untuk sebarang pengesahan.
Berwaspada sekiranya anda menerima notis SMS bil tertunggak yang kononnya daripada TNB yang mengandungi ugutan pemotongan bekalan beserta pautan untuk membuat pembayaran. Elak daripada membuka pautan tersebut agar anda tidak tertipu.
Untuk makluman, notis SMS bil tertunggak yang sahih daripada TNB tidak pernah disertakan dengan apa-apa pautan sekalipun. Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak jumlah bil terkini melalui aplikasi myTNB atau hubungi kami di PM Facebook TNB CareLine atau DM X @Tenaga_Nasional untuk sebarang pengesahan.
Lindungi diri anda dengan membuat pembayaran melalui saluran pembayaran rasmi sahaja. Rujuk senarai penuh di sini.
Selain itu, ambil langkah proaktif untuk menghindari ‘scam’ dengan mengambil maklum tentang taktik-taktik terkini yang digunakan di Scam Alert.
TNB has detected an email scam misusing the name of a TNB Board of Director, Juniwati Rahmat Hussin, in email invitations to register as a TNB Vendor.
Please be informed that TNB does not send any invitation emails to register as a TNB Vendor. All vendor invitations and applications are exclusively conducted through our official TNB Vendor Portal (https://pvt.tnb.com.my/).
The public is advised to exercise caution and refrain from responding to such emails.
Report any suspicious emails or calls related to TNB on our official social media platforms, on TNB Careline Facebook or X @Tenaga_Nasional.
TNB mengesan taktik sama yang digunakan ‘scammer’ melalui promosi skim pelaburan palsu oleh Green TNB bertajuk 'Pelaburan Dalam Tenaga Solar'. Penipuan melalui platform media sosial dan WhatsApp ini menjanjikan pulangan mingguan sehingga RM 8,000 melalui pelaburan dalam tenaga solar.
Kami menyeru agar orang ramai berkongsi maklumat ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan supaya tidak terpedaya dengan taktik ‘scammer’ ini.
Hubungi kami bagi mendapatkan pengesahan yang sahih untuk sebarang maklumat menerusi talian TNB Careline di 1-300-88-5454 atau PM Facebook TNB CareLine dan DM X @Tenaga_Nasional.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) has detected multiple email spoofing attempts impersonating TNB to invite companies to join our vendor programme.
We want to assert that TNB does not own the email address '[email protected]' and ‘[email protected]’and has never approached prospective vendors via email. All vendor invitations and applications are conducted exclusively through our official Portal Vendor TNB.
Companies are advised to be vigilant and to not respond to the email, click any links or open any attachments, when approached by the aforementioned address.
Report any suspicious emails or calls claiming to be from TNB to our official social media channels:TNB CareLine on Facebook or X @Tenaga_Nasional.
TNB mengesan taktik terbaharu yang digunakan ‘scammer’ melalui promosi skim pelaburan palsu oleh Sinar Tenaga TNB bertajuk 'Pelaburan Dalam Tenaga Solar'. Penipuan melalui platform media sosial dan WhatsApp ini menjanjikan pulangan mingguan sehingga RM 8,000 melalui pelaburan dalam tenaga solar.
Untuk makluman, kami telah melaporkannya kepada pihak berkuasa dan menyeru agar orang ramai berkongsi maklumat ini bersama masyarakat di sekeliling supaya tidak terpedaya dengan taktik terbaharu ‘scammer’ ini.
Hubungi kami bagi mendapatkan pengesahan yang sahih untuk sebarang maklumat menerusi talian TNB Careline di 1-300-88-5454 atau PM Facebook TNB CareLine dan DM X @Tenaga_Nasional.
Previously, there have been instances of irresponsible individuals switching to using the name of TNB Renewables in their fraudulent schemes. This time, they've resorted to using the name of TNB's President/Chief Executive Officer, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan.
Just to keep you informed, TNB does not endorse or advertise any investment opportunities or returns on social media.
Please reach out to us for authentic verification of any information through TNB Careline at 1-300-88-5454 or message us on Facebook TNB Careline or DM us on X @Tenaga_Nasional.
New Fake Investment Scam Alert: Unauthorised Use of Tenaga Nasional Berhad
TNB has been made aware of another online investment scam circulating on social media platforms and WhatsApp that misuses our company name and logo.
The message promotes a fake investment scheme titled 'Pelaburan Dalam Tenaga Solar' and falsely claims to be affiliated with TNB Renewables. It promises weekly returns of up to RM 8,000 through investments in solar energy.
We have reported it to the authorities. TNB management wishes to clarify that TNB Renewables does not offer such investment opportunities. We urge the public not to engage with this fraudulent scheme.
Hati-hati dan jangan terpedaya dengan jawatan kosong menggunakan nama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang hanya ingin mendapatkan butiran peribadi anda.
Untuk makluman, TNB tidak mengiklankan kekosongan jawatan seperti yang dipaparkan. Anda boleh semak info rasmi mengenai iklan kekosongan jawatan di TNB melalui TNB Career.
Adakah anda menerima maklumat palsu mengenai surcaj lewat bayar sebanyak 1% dikenakan setiap hari jika anda lewat membayar bil elektrik TNB anda?
Untuk pengetahuan anda, jumlah surcaj yang betul dikira berdasarkan 1% daripada jumlah bil tertunggak didarab dengan bilangan hari tertunggak. Anda boleh merujuk gambar di bawah untuk penjelasan yang lebih tepat.
Jika anda ingin mengelakkan situasi terlupa membayar bil elektrik bulanan, anda boleh menggunakan fasiliti pembayaran AutoPay atau Direct Debit melalui "Payment Channels".
Ataupun, anda juga boleh muat turun aplikasi myTNB untuk memantau, menerima notifikasi bil tersedia dan membayar bil dengan mudah setiap bulan.
Jangan mudah terpedaya dan elak menyebarkan informasi palsu seperti ini.
Kegiatan sindiket penipuan menggunakan nama dan gambar warga kerja TNB telah dikesan menerusi aplikasi WhatsApp yang kononnya menawarkan pengurangan bil elektrik.
Pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nombor 01111807302 untuk melakukan kegiatan ini. Abaikan sebarang mesej atau panggilan daripada nombor tersebut.
Pihak TNB telah pun membuat laporan polis untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.
2023
TNB telah mengesan beberapa 'email spoof' di mana ada pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai Presiden/ CEO TNB, yang meminta maklumat atau bantuan melalui e-mel palsu.
Pihak Pengurusan TNB ingin menegaskan bahawa TNB tidak pernah membuat sebarang permintaan sedemikian.
Siasatan kami mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah 'email spoof' dan mungkin mengandungi fail atau pautan yang mencurigakan. 'email spoof' melibatkan pemalsuan alamat e-mel, menjadikan e-mel itu kelihatan berasal dari sumber sebenar.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tidak memberi maklumbalas kepada e-mel tersebut, klik pada mana-mana pautan, atau buka lampiran yang terdapat dalam e-mel tersebut.
Laporkan sebarang e-mel atau panggilan yang mencurigakan berkaitan dengan TNB pada laman sosial rasmi kami, di Facebook TNB Careline atau di X @Tenaga_Nasional.
Awas Penipuan! Taktik baharu scammer, guna logo & tandatangan palsu CEO TNB untuk perdaya mangsa.
TNB dan pihak berkuasa mengesan taktik terbaharu yang digunakan ‘scammer’ bagi memperdayakan mangsa dengan menggunakan surat palsu, yang mempunyai logo dan tandatangan palsu CEO TNB.
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan jangan terpedaya dengan taktik terbaharu scammer ini. Kami berharap agar orang ramai berkongsi maklumat ini bersama masyarakat di sekeliling supaya tidak terpedaya dengan taktik surat palsu ini.
Hubungi kami bagi mendapatkan pengesahan yang sahih untuk sebarang maklumat menerusi talian TNB Careline di 1-300-88-5454 atau PM Facebook TNB Careline atau DM X @Tenaga_Nasional.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik scammer yang menggunakan nama TNB di akaun media sosial Telegram.
Dapatkan sumber yang sahih melalui laman Facebook TNB Careline atau X @Tenaga_Nasional.
Waspada Taktik Scammer, Jangan Mudah Terpedaya!
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik scammer yang menggunakan nama Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan TNB melalui e-mel atau mana-mana platform komunikasi.
Sentiasa ambil langkah berhati-hati sebelum membuat perkongsian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Para pelanggan TNB dinasihatkan supaya berhati-hati apabila mendapat panggilan daripada pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai anggota kerja TNB.
Untuk makluman pelanggan, TNB akan mengeluarkan notis pemotongan dalam bil dan surat arahan pemotongan sebelum melaksanakan aktiviti pemotongan bekalan elektrik.
Gunakan saluran pembayaran rasmi dan jangan membuat pembayaran bil elektrik kepada mana-mana akaun peribadi. Untuk melihat saluran pembayaran rasmi, layari "Payment Methods"
We would like to advise all TNB customers to not engage with the email scam that says you have won the Sinaran Merdeka 2023 Promotion.
TNB does not organize cash giveaways online. Please be careful and avoid sharing your personal information with irresponsible parties.
You can get official information from us through our official page TNB Careline on Facebook or @Tenaga_Nasional on Twitter.
TNB customers are advised to ignore survey links that claim they can win cash rewards from TNB.
TNB does not organize any kind of cash prize giveaway on social media. Please be careful and avoid spreading this false information.
You can get official information from us through our official page TNB Careline on Facebook or @Tenaga_Nasional on Twitter.
2022
Para pelanggan TNB dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengabaikan panggilan daripada scammer yang menyatakan bekalan elektrik anda akan dipotong jika bil tunggakan tidak dijelaskan.
Untuk makluman pelanggan, TNB hanya membuat panggilan untuk memberi peringatan tentang tunggakan bil dan memaklumkan notis pemotongan melalui surat sahaja.
Gunakan saluran pembayaran rasmi dan jangan membuat pembayaran bil elektrik kepada mana-mana akaun peribadi. Untuk melihat saluran pembayaran rasmi, layari bahagian "Payment Methods"
TNB menegaskan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang tular mengenai penutupan bekalan elektrik di seluruh Kelantan yang boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan orang ramai.
Sekali lagi, TNB menekankan supaya orang ramai mendapatkan info yang sahih dan terkini di Facebook TNB Careline.
Sila ikuti Panduan Keselamatan Elektrik menghadapi banjir yang telah disarankan oleh pihak TNB dan Suruhanjaya Tenaga.
TNB menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang tular mengenai penutupan bekalan elektrik di seluruh Terengganu akibat pencawang elektrik yang tenggelam dimana ianya boleh menimbulkan situasi panik di kalangan orang ramai.
Dapatkan sumber yang sahih dan terkini melalui Facebook TNB Careline.
TNB ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang tular mengenai ‘Amaran Awal Kemungkinan Empangan Kenyir Pecah’ yang boleh menimbulkan situasi panik di kalangan orang ramai.
Awas! TNB tidak menganjurkan sebarang cabutan bertuah hadiah wang tunai di media sosial. Hati-hati dan jangan sebarkan info palsu ini.
Awas! Jangan mudah percaya dengan info yang disebarkan melalui Whatsapp dan media sosial lain. Sekiranya anda menerimanya, sila abaikan dan elak memberi maklumat peribadi anda kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jangan tertipu dengan scammer. Sila abaikan jika anda terima mesej dipilih sebagai pemenang bertuah untuk menerima wang tunai daripada TNB.
Hati-hati! Sebarang info mengenai kekosongan jawatan di TNB hanya dipaparkan di https://jobs.tnb.com.my/ sahaja.
Hati-hati semua! TNB tidak menganjurkan apa-apa soal selidik dan menawarkan hadiah wang tunai.
Sentiasa waspada supaya anda tidak kongsi butiran peribadi anda dengan pihak yang tidak bertanggungjawab. Pengumuman terkini dan berita sahih hanya di laman web atau media sosial rasmi TNB.
Admin nak ingatkan pada scammer-scammer, tak baik sebarkan berita palsu kait nama TNB tau, Lebih-lebih lagi nak dekat Raya ni.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai UMNO Rompin Pahang yang kononnya menawarkan ‘Sumbangan Raya Motorsikal Superbike dan Kereta’.
Sila abaikan info tersebut jika anda menerimanya dan jangan berikan maklumat peribadi jika dihubungi pihak yang ingin memberikan sumbangan palsu tersebut.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan laman web yang mengiklankan jawatan kosong palsu di TNB menggunakan nama Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Untuk makluman, TNB tidak mengiklankan kekosongan jawatan seperti yang dipaparkan. Anda boleh semak info rasmi mengenai iklan kekosongan jawatan di TNB melalui https://jobs.tnb.com.my/
2021
TNB ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan video air deras yang mengatakan lokasi ‘Tasik Kenyir, 30/12/2021’. Sungai di dalam video tersebut adalah Sg Telemong yang berdekatan dengan Gawi, di mana aliran Sg Telemong tidak mengalir masuk ke Tasik Kenyir.
Setakat ini, paras air di empangan Tasik Kenyir masih di paras selamat dan terkawal.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial.
Sekiranya anda menerima mesej seperti ini dari mana-mana platform, anda hendaklah menyemak dahulu dengan platform rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga Nasional untuk info yang sahih dan terkini.
Paras air di ketiga-tiga empangan hidroelektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Tasik Kenyir, Terengganu; Cameron Highland, Pahang dan Sungai Perak, Perak berada pada tahap normal & sedang beroperasi dalam keadaan terbaik.
Sejak Ogos tahun lalu, pihak pengurusan stesen telah membuat persediaan dengan melakukan pelepasan air secara terkawal bagi menampung peningkatan jumlah air ketika musim tengkujuh.
Selain menjana elektrik, empangan-empangan hidroelektrik milik TNB turut berfungsi sebagai tebatan banjir dengan menakung air di hulu sungai. Oleh itu, pelepasan air tidak perlu dilakukan buat masa ini kerana keadaan masih terkawal.
Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB CareLine.