FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

10PM - Status Gangguan Bekalan Elektrik & Penutupan Bekalan Sementara di Sekitar Kuala Lumpur

07/03/2022

Pelanggan yang dihargai,

Setakat jam 10 malam, gangguan bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya secara berperingkat semenjak 6 petang bagi 37 kawasan di Sekitar Kuala Lumpur.

Senarai kawasan yang masih terjejas ekoran penutupan bekalan elektrik oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat adalah seperti berikut:

1. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
2. Impiana Hotel KLCC
3. Menara Perak

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

PERINGATAN: Jangan menyentuh mana-mana peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun ianya bersalut dengan penebat.

Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.