FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Choose by categories:

BM - Pengebilan

Adakah saya perlu bayar lebih daripada lazim?

Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter. Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, TNB akan menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.

Sebagai contoh:

Tempoh pembilan = 45 hari
Faktor prorata dikira: 45/30 = 1.5
Jumlah unit digunakan: 452 kWh

Kiraan mengikut kaedah prorata:

Blok Tarif (Sebulan) Unit dicaj mengikut kaedah prorata (kWh) Kadar (RM) Amaun dicaj mengikut kaedah prorata (RM)
200 kWh 200 x 1.5 = 300 0.218 65.40
100 kWh 100 x 1.5 = 150 0.334 50.10
300 kWh 452 - 300 - 150 = 2 0.516 1.03
Jumlah 452   116.53

Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, pengguna dapat menikmati 300 unit pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

Kenapa nombor akaun saya bertukar?

TNB telah menggunapakai sistem pengebilan yang baru dinaiktaraf. Pertukaran nombor akaun ini dirasakan perlu bagi memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.

Adakan saya perlu mendaftarkan semula permohonan Autopay atau Direct Debit dengan nombor akaun baru?

Tidak perlu.

Adakah saya perlu mengemas kini semula Favourite Bill Payment di dalam Internet Banking?

Pengguna digalakkan untuk mengemaskini nombor akaun lama (14-digit) kepada nombor akaun baharu (12-digit) dalam ‘Favourite Payee’ tersebut.

Saya menerima bil terkini dengan nombor akaun yang berbeza. Kenapa saya tidak dimaklumkan tentang pertukaran nombor akaun ini?

Para pengguna dimaklumkan tentang pertukaran nombor akaun melalui saluran-saluran seperti laman sesawang TNB, makluman di belakang bil anda, notis di Kedai Tenaga, i-kiosk dan kiosk pembayaran TNB.

Saya mempunyai baki kredit dalam bil menggunakan nombor akaun lama. Walau bagaimanapun, apabila saya terima bil dengan nombor akaun yang baharu, tiada lagi baki kredit malahan saya perlu bayar tunggakan.

Pengguna tidak perlu khuatir tentang baki lebihan bayaran akibat peralihan kepada nombor akaun baharu, kami ingin maklumkan perkara tersebut tidak berlaku kerana proses migrasi data amat ketat dan semakan secara manual dilakukan untuk memastikan amaun tunggakan dan maklumat yang lain adalah sama.

Saya merupakan pengguna Autopay. Saya dapati dua kali bayaran (Duplicate Payment) dalam bil dengan nombor akaun baharu saya.

Pembayaran kali kedua telah dibatalkan oleh pihak bank dan dikreditkan semula ke dalam akaun bank pengguna.

Saya masih belum terima bayaran balik (Refund) wang cagaran untuk penutupan akaun saya.

Pengguna dinasihatkan untuk memberikan maklumat yang lengkap dan tepat bagi memastikan proses pemulangan wang cagaran yang cepat dan efisien. Selepas maklumat lengkap diterima, 3 hingga 7 hari bekerja akan diambil untuk menerima pemulangan wang cagaran tersebut.

Saya merupakan pengguna Remote Meter Reading (RMR). Kenapa saya masih belum menerima bil?

Pengguna RMR akan menerima bil melalui emel atau pos. Sekiranya pengguna masih belum menerima bil, sila hubungi TNB Careline 1300 88 5454.