FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Choose by categories:

BM - REBAT

Bagaimana pengguna yang dalam gangguan bekalan melebihi tempoh masa 4 jam boleh membuat tuntutan rebat?

Pengguna boleh memohon rebat melalui portal myTNB dalam tempoh 2 bulan dari tarikh gangguan bekalan berlaku.

Bagaimanakah kaedah pembayaran rebat kepada pengguna yang telah mengalami gangguan bekalan melebihi tempoh masa 4 jam?

Setelah membuat semakan, pihak TNB akan memproses pemberian rebat kepada semua pengguna yang terlibat. Rebat akan dibuat secara automatik dan akan dipaparkan dalam bil elektrik dalam tempoh 2 bulan.

Berapakah jumlah tuntutan rebat yang layak diperolehi oleh pengguna yang terlibat?

Tuntutan rebat yang layak diperolehi oleh pengguna adalah berdasarkan kategori pengguna dan jumlah bil bulanan semasa bila gangguan bekalan berlaku.
Perincian adalah seperti berikut:-

  • Kategori domestik - Rebat sebanyak 1% daripada bil bulanan semasa dengan jumlah minimum RM10.
  • Kategori komersil -  Rebat sebanyak 1% daripada bil bulanan semasa dengan jumlah maksimum RM300.
  • Kategori industri - Rebat sebanyak 0.5% daripada bil bulanan semasa dengan jumlah maksimum RM1,000.