FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

333 Pencawang Ditutup TNB

19/12/2021

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara 333 pencawang elektrik atas faktor keselamatan di Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan berikutan banjir melanda negeri-negeri terbabit sejak semalam.

Hingga jam 12.00 hari ini, penutupan itu melibatkan 17,251 pengguna di Pahang, Selangor (5,062), Kuala Lumpur (4,450), Melaka (634), Kelantan (470) dan 284 pengguna di Negeri Sembilan. Sebanyak 137 pencawang ditutup di Pahang, Kelantan (7) Selangor (117), Kuala Lumpur (45) Melaka (10) dan Negeri Sembilan (17).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpuas hati dengan kesiapsiagaan TNB dalam usaha yang berterusan menjaga bekalan elektrik dan memastikan keselamatan orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.




Untuk ketahui lebih lanjut: File