FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Tawaran Pinjaman Boleh Ubah YTN Bagi UNITEN Kemasukan November 2010

29/10/2010

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warga negara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bantuan pendidikan YTN dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian di UNITEN bagi kemasukan November 2010.

Syarat-syarat Permohonan

Calon-calon mestilah warga negara Malaysia dan memenuhi syarat-syarat berikut:

 

 

 

 

 

 

 

Program

 

Bidang Kursus

 

Syarat/ Gred Minima

 

Syarat Tambahan

 

UNITEN

 

Semua bidang yang ditawarkan di peringkat Asas dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

 

PERINGKAT ASAS

Syarat Bidang Kejuruteraan & Sains Komputer a) Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu dan b) Memperolehi aggregat tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam lima (5) subjek- subjek berikut iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Bahasa Inggeris serta

     
  • Mencapai gred minima untuk lima (5) subjek-subjek tersebut seperti berikut :-
       
    • Matematik ( A- )
    •  
    • Matematik Tambahan ( B )
    •  
    • Fizik ( B )
    •  
    • Kimia ( C )
    •  
    • Bahasa Inggeris ( C )

     

Syarat Bidang Bukan Kejuruteraan & Teknologi Maklumat a) Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu dan b) Memperolehi Aggregate tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek-subjek berikut:-

     
  • Bahasa Inggeris
  •  
  • Matematik
  •  
  • 3 daripada subjek-subjek berikut:

Sains / Fizik / Matematik Tambahan / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi atau pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:- Pendidikan Moral / Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah. Cara Pengiraan Aggregate

     
  • ( A+ = 0, A=1, A-=2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9 )

PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) subjek atau Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau Lulus Matrikulasi / Asas dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.

 

Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2010. Mendapat tempat di UNITEN. Bagi para pelajar yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 1 10/11). Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA atau IPTS. Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa. Bagi para pelajar di peringkat Asas, hanya para pelajar pengambilan November 2010 dan telah mendapat tempat di UNITEN sahaja layak memohon. Pengajian di Peringkat Ijazah adalah layak untuk memohon dengan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.70 berdasarkan keputusan peperiksaan terkini iaitu (Semester I 2010 / 2011). Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon. Bilangan Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan adalah terhad.

 

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online mulai 29 Oktober 2010 melalui laman web YTN di alamat berikut: http://yayasan.tnb.com.my/sam

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan secara online dan penghantaran dokumen sokongan adalah seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tempat Pengajian

 

Tarikh Mula Permohonan Online

 

Tarikh Tutup Permohonan Online

 

Tarikh Tutup Penghantaran Dokumen

 

UNITEN

 

     
  • Peringkat Asas

 

29 Oktober 2010

 

12 November 2010

 

19 November 2010

 

     
  • Peringkat Ijazah

 

29 Oktober 2010

 

3 Disember 2010

 

10 Disember 2010

 

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:

Pengarah Yayasan Tenaga Nasional Peti Surat 70 Pejabat Pos Bandar Baru Bangi 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut mengenai perkara-perkara yang berkaitan:

     
  • Penajaan (UNITEN)
       
    • Encik Mohd Nasir Ali - 03-8924 7519
    •  
    • Encik Mohd Hakimi Abdul Manaf - 03-8924 7524
    •  
    • Encik Ahmad Iqbal Kamarudzaman - 03-8924 7537
    •  
    • Encik Ahmad Zehne Zakaria - 03-8924 7528

     

  • Masalah teknikal/ sistem online

       
    • Encik Mohd Jafri Ismail - 03-8924 7523
    •  
    • Encik Mohd Nazlan Nasir - 03-8924 7543