FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Notis Pemberitahuan Kepada Semua Pembekal dan Kontraktor TNB

17/03/2020

Lanjutan daripada  pengumuman Y.A.B Perdana Menteri berhubung Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara, maka keputusan TNB berhubung perkara tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Memandangkan TNB diletakkan di bawah perkhidmatan penting negara (essential services) maka hanya syarikat pembekal dan kontraktor TNB yang terlibat secara langsung dengan operasi seperti kerja-kerja kecemasan dan projek sahaja yang perlu meneruskan aktiviti pembekalan produk dan perlaksanaan kerja / perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan.

2. Walau bagaimanapun, syarikat pembekal/kontraktor adalah diminta mengambil langkah – langkah pencegahan awal penularan penyakit berjangkit COVID–19 yang sewajarnya.

3. Syarikat pembekal dan kontraktor perlu memaklumkan kepada TNB melalui email sekiranya terdapat pekerja syarikat yang disyaki atau telah disahkan positif COVID – 19.

4. Sebagai langkah pencegahan, semua pembekal/kontraktor TNB yang berada di premis TNB akan diambil bacaan suhu dan yang mempunyai suhu melebihi 37.5C tidak dibenarkan masuk ke premis TNB.

5. Notis Pemberitahuan ini perlu dicetak dan dibawa oleh semua anggota kerja kontraktor untuk urusan rasmi semasa bekerja termasuk di pepasangan TNB dan tapak projek.

6.  Semua pembekal atau kontraktor boleh menggunakan notis pemberitahuan ini sebagai bukti pengenalan dan surat arahan kerja dari TNB sekiranya diminta oleh Pihak Penguatkuasa.

 

Sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui laman sesawang TNB atau https://pvt.tnb.com.my/ dan pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh dimajukan ke alamat email seperti berikut:

[email protected] atau

menghubungi Single Service Desk di nombor talian  03-89299595 atau 1300802323.

 

NOTIS 1: Pemberitahuan Kepada Semua Pembekal dan Kontraktor TNB

NOTIS 2: Saluran Alternatif untuk Perkhidmatan TNB