FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

PRU 14: Usaha Proaktif TNB untuk Jamin Bekalan

18/04/2018

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan elektrik di lebih 200 Pusat-pusat Penamaan Calon, Pusat-pusat Mengundi dan Pusat-pusat Penjumlahan Rasmi Undi berada dalam  keadaan baik sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) ini.

“Kami telah pun melakukan persiapan seawal November tahun lepas dalam usaha memastikan aspek teknikal, operasi dan tunggu-sedia bekalan elektrik ke lokasi-lokasi tersebut sentiasa terjamin sepanjang musim pilihan raya,” kata Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.

Menurutnya, TNB telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di setiap negeri bagi mendapatkan maklum balas perincian keperluan elektrik di kesemua pusat berkenaan.

“Hasil pertemuan tersebut, kami telah pun mengambil langkah-langkah yang diperlukan. InsyaAllah semuanya akan berada dalam keadaan terkawal. Bilik gerakan juga telah ditubuhkan disetiap negeri dan pusat/ibu pejabat,” jelas Roslan.

Sebagai langkah tambahan, warga kerja teknikal TNB akan diletakkan dalam keadaan tunggu sedia bagi memastikan kelancaran bekalan sepanjang proses PRU-14.




Untuk ketahui lebih lanjut: File