FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Notis: Standard Operating Procedure (SOP) Bagi Kerja-Kerja Projek TNB Semasa Dan Selepas Tempoh PKP

12/05/2020

Standard Operating Procedure (SOP) Bagi Kerja-Kerja Projek TNB Semasa Dan Selepas Tempoh Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Berikutan Wabak COVID-19

Selaras dengan arahan daripada Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa TNB telah mengeluarkan satu Standard Operating Procedure (SOP) bagi melaksanakan kerja-kerja projek TNB semasa dan selepas tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. SOP ini perlu digunapakai sebagai langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 di tapak projek dan merupakan panduan tambahan kepada SOP kerja sedia ada yang digunapakai di tapak projek.

Terdapat 3 SOP pada dokumen yang disertakan bersama notis ini yang melibatkan perkara berikut:

Bil Standard Operating Procedure Dikeluarkan Oleh Rujukan 
i. SOP Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (HSE) bagi kerja projek semasa dan selepas PKP Tenaga Nasional Berhad Lampiran A
ii. SOP Am dan garispanduan am kebenaran beroperasi serta pergerakan pekerja bagi projek pembinaan dalam tenpoh PKP Fasa 1 Kementerian Kerjaraya/CIDB Lampiran B
iii. SOP Am dan garispanduan am kebenaran beroperasi serta pergerakan pekerja bagi projek pembinaan dalam tenpoh PKP Fasa 4 Kementerian Kerjaraya/CIDB Lampiran C

Selain daripada SOP di atas, pihak kontraktor juga perlu mematuhi apa-apa SOP tambahan yang telah dan akan dikeluarkan oleh semua Business Unit (BU). Untuk makluman, pihak BU dan Jabatan Health, Safety & Environment (HSE) TNB akan membuat pemantauan perlaksanaan kerja di tapak dan akan mengeluarkan Stop Work Order sekiranya didapati berlaku ketidakpatuhan oleh syarikat kontraktor. Pihak syarikat kontraktor boleh dikenakan tindakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan yang merlaku mengikut syarat yang ditetapkan.

Selain daripada itu, pihak syarikat perlulah bertanggungjawab memastikan semua pekerja di bawah seliaan mereka mengisi borang-borang yang dinyatakan di dalam SOP yang disertakan di Lampiran A, di antaranya adalah Borang Pengisyhtiharan Perjalanan/Pemeriksaan Kesihatan bagi memulakan kerja (Lampiran 3) dan Borang Pemeriksaan Kesihatan Harian (Lampiran 4) bagi melancarkan pelaksanaan kerja kelak. Pihak syarikat perlu memajukan kedua-dua borang tersebut kepada Jurutera Projek di tapak atau Penyelia TNB yang berkaitan bagi tujuan pelaksanaan kerja di tapak.

Garispanduan (SOP) ini adalah terpakai kepada semua kontraktor yang menjalankan semua projek di TNB. Dengan itu, pihak syarikat kontraktor adalah diwajikan untuk mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.

Sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui laman sesawang TNB dan pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh dimajukan ke alamat email seperti berikut:

[email protected]

MUAT TURUN DOKUMEN: Surat Pemakluman kepada Kontraktor TNB Berkaitan Pematuhan SOP Semasa PKP