Tawaran Biasiswa Bagi Program Sarjana & Program Doktor Falsafah (Phd) di UNITEN
14/08/2011
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Sarjana & Program Doktor Falsafah (Phd) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi pengambilan September 2011.
Sarjana
Bidang Pengajian
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Teknologi Maklumat
- Sains Komputer
- Perakaunan (ACCA)
Syarat & Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun 2011
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.33 atau setaraf
- Mengikuti pengajian sepenuh masa
- Tidak bekerja
- Tidak ditaja oleh penaja lain
Program Doktor Falsafah (Phd)
Bidang Pengajian
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Teknologi Maklumat
- Sains Komputer
Syarat & Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun 2011
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.75 atau kelas pertama / Lulus master dengan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.33 atau setaraf
- Mengikuti pengajian sepenuh masa
- Tidak bekerja
- Tidak ditaja oleh penaja lain
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara online mulai 15 Ogos 2011 melalui http://yayasan.tnb.com.my/sam
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Bilangan biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenaraipendek akan dihubungi dan dipanggil untuk temuduga.
Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap gagal dalam pemilihan.
Tarikh tutup permohonan: 4 September 2011
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut mengenai perkara-perkara yang berkaitan:
1. Hal-Hal Berkenaan Penajaan:
- Puan Roba’aiyah Abdul Ghani - 03-8924 7516
- Encik Mohd Nasir Ali - 03-8924 7519
- Encik Ahmad Iqbal Izzuddin Kamarudzaman - 03-8924 7537
2. Hal-Hal Berkenaan Masalah Teknikal / Sistem on-line
- Encik Mohd Amrizal Ibrahim - 03-8924 7549
- Encik Mohd Jafri Ismail - 03-8924 7523