FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

PRU 15: TNB Siap Siaga Dalam Memastikan Bekalan Stabil 19 November ini

17/11/2022

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan bagi memastikan bekalan elektrik di semua 6623 Pusat-pusat Mengundi dan 165 Pusat-Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di seluruh Semenanjung berada dalam keadaan baik pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), 19 November ini.

Pada masa sama, TNB meminta kerjasama semua pihak yang berkenaan agar mengelak daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah pada hari tersebut dalam usaha mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik, sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.

Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian (Chief Distribution Network Officer) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, TNB sendiri menangguhkan kerja-kerja sedemikian mulai 16 November di samping memberi tumpuan kepada memastikan kestabilan bekalan sepanjang PRU 15, khususnya pada malam keputusan pilihan raya.




Untuk ketahui lebih lanjut: File